Alhamdulillah, pagi ini genap 13 hari Nuruddin Al Zinki diberikan peluang untuk terus bersama kita selepas mengalami saat gentingnya...yakni 9 hari di ICU dan masuk 4 hari di wad peadatrik ini. Namun yang agak menggusarkan kami, tentang penyakitnya, Bronchospasm (lihat artikel di bawah), sudah semakin pulih, tetapi kesan rawatan mula timbul. Setakat yang kami nampak (tapi Dr pun belum pasti puncanya sama ada kesan ubat atau faktor2 lain), perutnya kembung dan keras, minum susu banyak tapi air kencing lagi banyak kuantitinya sehingga terpaksa tambah air, badan penuh ruam-ruam yang kasar, pada pergelangan tangan (tempat masukkan ubat dan ambil darah) melecuh sehingga terpaksa sentiasa dibersihkan dengan ubat antiseptik (sakit dan pedihnya bila dicuci) dan belakang kepalanya terdapat 3 kawasan yang bengkak@benjol....semuanya masih dalam kajian dan rawatan. Doakan Nuruddin Al Zinki cepat sembuh sebab kami pun rasa kasihan dan tak sampai hati bila Nuruddin mula merengek dan menangis men