Nuruddin Al ZInki masih di wad: Kesan ubat?? Mungkinkah?
Alhamdulillah, pagi ini genap 13 hari Nuruddin Al Zinki diberikan peluang untuk terus bersama kita selepas mengalami saat gentingnya...yakni 9 hari di ICU dan masuk 4 hari di wad peadatrik ini. Namun yang agak menggusarkan kami, tentang penyakitnya, Bronchospasm (lihat artikel di bawah), sudah semakin pulih, tetapi kesan rawatan mula timbul. Setakat yang kami nampak (tapi Dr pun belum pasti puncanya sama ada kesan ubat atau faktor2 lain), perutnya kembung dan keras, minum susu banyak tapi air kencing lagi banyak kuantitinya sehingga terpaksa tambah air, badan penuh ruam-ruam yang kasar, pada pergelangan tangan (tempat masukkan ubat dan ambil darah) melecuh sehingga terpaksa sentiasa dibersihkan dengan ubat antiseptik (sakit dan pedihnya bila dicuci) dan belakang kepalanya terdapat 3 kawasan yang bengkak@benjol....semuanya masih dalam kajian dan rawatan.
Doakan Nuruddin Al Zinki cepat sembuh sebab kami pun rasa kasihan dan tak sampai hati bila Nuruddin mula merengek dan menangis menahan sakit yang kami tak pasti di kawasan mana sakitnya......berita terbaharu pagi ini, seorang lagi bayi berusia setahun lebih yang sama penyakitnya dengan Nuruddin (Bronchospasm) yang turut sama di bertarung nyawa di wad ICU telah kembali ke rahmatullah.....kami sangat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bersama Nuruddin Al Zinki sehingga ke saat ini.....amin
Comments
Post a Comment
Sila komen....