Yakinlah kepadaNya
Hari ini hari ketiga dalam tahun masihi 2012. Masih panjang dan jauh lagi perjalanan dalam membesarkan anak2 yang seramai 4 orang ini. Saat ini tugasan di sekolah semakin bertambah. Semakin memberat dan menimbun fail-fail yang perlu diselia. Rasanya semua jawatan penting di sekolah tu dah disandang. Baik Ketua Panitia KH dan Sains, s/u Kokurikulum dan guru kelas.....insyaAllah saya perlu lebih berlapang dada dan redha dengan tugasan dan kepercayaan ini.
Namun tidak sesekali mengalah dan menoleh ke belakang. Hidup ini bukan hanya untuk mencari rezeki untuk keluarga. Hidup ini juga perlu dan wajib menjalankan amanah yang lebih WAJIB.....iaitu meneruskan kerja Nabi Muhammad saw....menyampaikan dakwah dan risalah Islam buat semua umatnya di muka bumi ini...semampu mungkin.....dan kami tidak pernah sedikit pun merasai bahawa bebannya bersama gerakan dakwah walaupun kami harus berkorban tenaga, idea, masa dan harta....kerana di sinilah bermulanya ukhuwahfillah yang tidak dapat diperolehi dengan hanya duduk dirumah....
Sesekali teringat kisah dan kehidupan di Universiti....dakwah terus bergerak walau kita sibuk dengan pelajaran dan dalam keadaan kewangan dan makanan di catu....namun segala bermula dengan yakin kepadanya......
Cuba kita renung ayat ke-7 dalam Surah Muhammad:
"Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menoolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
Comments
Post a Comment
Sila komen....