Misi 1: perjalanan masih jauh

Assalamualaikum dan salam kasih sayang ukhuwah dari kami sekeluarga...alhamdulillah..misi 1 utk anak kami Nuruddin Al-Zinki selesai walaupun pelbagai rintangan dan halangan sepanjang perjalanan musafir ini. Mudah2an selepas ini ada siar harapan yg lebih baik buatnya. Kami percaya setiap yg ditakdirkan buat kami pastinya ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya. 
.
Hidup ini hanyalah tempat menanam dan membajai bekalan2 utk dituai disana nanti. Mendidik anak dan mengasuhnya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah bukanlah semudah yang disangka. Kita perlu asuh sejak kecil dalam semua aspek kehidupan....dan jangan kita sogokkan dengan keperluan duniawi sahaja,bahkan akhirat juga...ajar berwudhuk, solat, baca Al-Quran, perbaiki dan tegur tutur kata dan perbuatannya....lihat dengan siapa dia berkawan, dimana kita hendak sekolahkannya dan pelbagai lagi....memang patutlah kita sebagai ibu bapa harus dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku pada keperibadian mereka kelak....

Apapun sama-samalah kita didik anak-anak kita menjadi yg terbaik didunia dan akhirat serta sebolehnya menjadikan mereka jundilah atau para daie yg akan mengembangkan dakwah di atas muka bumi ini...kerana perjalanan masih jauh...insyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....