Ulangtahun ke 2...Nuruddin Al-Zinki

Hari ini 7 Mei 2012...genap 2 tahun selepas kelahiran mujahid dan daie muda kami yang paling istimewa...Nuruddin Al-Zinki....di saat kasih sayangNya dan rahmatNya datang melalui ujian ini, hingga ke hari ini baharulah kami rasakan KEMANISAN IMAN apabila diduga dan diuji sebegini....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam mengaturkan segalanya. Sebagai manusia yang sangat kerdil dan hina ini, hanya beriman dan beribadat padaNya mengangkat darjat kita. Kesabaran, keihklasan dan pengorbanan hanya sebahagian kecil daripada usaha kita melunaskan tanggungjawab kita sebagai hambaNya.

Selama 2 tahun ini, Hospital Serdang menjadi rumah kedua kami, walaupun jarak dari Shah Alam ke Serdang ini memang agak jauh.....namun kasih sayang buat daie muda ini tidak menjadi penghalang ditambah dengan tanggungjawab buat 4 orang anak yang lain....selagimana kita BERGANTUNG dan BERHARAP hanya padaNya...insyaAllah segalanya bakal dipermudahkan....sebanyak 11 kali Nuruddin Al-Zinki masuk ke wad, menjadi satu kenangan manis dan pahit serta pengalaman berharga buat kami....sebenarnya masih ramai lagi anak2 kecil yang diuji dengan ujian yang lebih berat apabila kita menyelami rahsia disebalik dinding wad hospital. Sebab itu kita digalakkan untuk menziarahi hospital agar hati kita lebih merasai syukurnya berada dalam nikmat kesihatan.

Kini, alhamdulillah Nuruddin Al-Zinki semakin sihat dan segar selepas kali terakhir ke wad pada awal April....mudah-mudah DOA kalian tidak putus-putus buatnya dan moga-moga dia terus kuat dan menjadi daie muda kelak....ameen...

NURUDDIN AL-ZINKI
7 MEI 2012.....

Comments

  1. Alhamdulillah. Gembira dengar khabar positif ttg Nuruddin. Lama xdengar khabar. Rindu juga pada Nuruddin. Rasa macam baru semalam temankan Umi,Nuruddin, Nuqman dan Nusaibah waktu Abinye ke Kelantan. :) Teacher doakan semoga Allah tetap terus tambahkan nikmat kesihatan kepada adik kecil Nuruddin serta keluarga. aMEEN

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....