Persiapkanlah anak2...
Alhamdulillah, di kesempatan ini dapatlah juga mencoretkan sedikit perkongsian....dah lebih 2 bulan tidak sempat post apa-apa. Kecelaruan identiti dan jati diri melayu muslim masa kini semakin menebal. Jika di lihat secara umum terutama anak-anak remaja mahu pun kanak-kanak seusia 12 tahun mula menunjukkan, kurangkan penumpuan atau tahunya mereka akan matlamat hidup dan harapan ummah terhadap mereka.
Kesibukan mereka dalam facebook(fb) lebih menumpu kepada perkongsian gambar2 dan aktiviti tiada faedah seperti games, fesyen dan lagu2 terkini kebanyakkannya. Satu gaya hidup yang tidak sihat jika ruang internet seperti fb dibiarkan oleh ibu bapa tanpa pengawasan dan perhatian.
InsyaAllah jika kita ada perancangan dan hala tuju anak2 kita, pasti sekurang2nya tidak jauh tersasar matlamat hidup mereka. Contohnya, jika kita mahukan anak2 kita jadi ustaz, hantarlah ke sekolah agama (berbayar@ tidak) atau ke kelas2 agama di waktu cuti/terluang. Jika mahukan mereka menjadi doktor, engineer, peguam dan yang seumpamanya, belikanlah buku2 yang bersesuaian dan pameran-pameran yang sesuai. Sesungguhnya, tanpa usaha ibu bapa, tak mungkin mereka dapat berjaya dan cemerlang. Persiapkanlah mereka dengan persiapan yang rapi agar tidak kita rasa menyesal kelak.
Kerana mereka ini (anak-anak) akan mewarisi agama Islam ini dan penyambung warisan dakwah Nabi Muhammad saw....
" Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki ......(hingga habis ayat)..." (surah al-anfal : 60)
Comments
Post a Comment
Sila komen....