Posts

Showing posts from September, 2010

Nuruddin Al-Zinki .... kembali ke wad...

Image
Nuruddin Al-Zinki.....kerap menangis kerana tidak selesa... Serdang, 27 Sept 2010 - Nuruddin Al-Zinki kembali di tahan di wad kanak-kanak, Hospital Serdang semalam jam 3.00 petang selepas Doktor Pakar tidak berpuashati dengan kondisi pernafasannya yang pada penafsirannya laju @ seperti orang dewasa yang sesak nafas, yakni kadar pernafasan yang tidak normal.   Asalnya semalam memang Al-Zinki ada temujanji dengan Doktor Pakar, namun hampir 3 jam tunggu 'turn', semasa berjumpa Doktor, Al-Zinki mula menunjukkan situasi bernafas laju....jadi Doktor memang risau dan terus beri 'nab' untuk mengurangkan sesak nafasnya itu. tapi 'still'bernafas agak laju selepas itu. Kemudian Al-Zinki terus dibawa ke bilik x-ray untuk x-ray dada dan di 'admit' ke wad...  Sesungguhnya dalam keadaan banyak kerja-kerja dakwah yang perlu dibereskan, ujian yang datang ini kami terima sebagai peringatan dan kafarah di atas dosa-dosa kami terutama selepas Ramadhan. Atau mungki

Siri Tarbiyah 1- Golongan yang tercicir @ futur (bahagian 2)

Jika kita lihat tentang susunan bab-bab dalam buku ini, pastinya ada kepentingan dan keperluan yang lebih utama yang difikirkan oleh Ustaz Fathi Yakan. Oleh yang demikian ana berpendapat eloklah dan moleklah jika kita ingin mengkaji dan bermuhasabah terhadap gerak kerja dakwah kita harusnya bermula dari yang pertama.....bukannya dua, tiga atau seterusnya. Barulah kita akan nampak kesinambungan dan kaitannya dengan ketiga-tiga faktor utama sebab-sebab keciciran ini. Mari kita kaji dan selidiki maksud bagi setiap sub-sebab yang diutarakan. a) Kelemahan dari sudut tarbiyah Biasanya apabila amal sesuatu harakah itu semakin berkembang, maka kemampuan dan kebolehan untuk mengutamakan bidang kerohanian@tarbiyah mula sedikit goyah. Masing-masing yang berada dalam ketumbukan pimpinan akan disibukkan dengan program dakwah atau peribadi yang membawa kepada kurang pekanya terhadap tarbiyah. Jadi mahu tidak mahu, anggota harakah samada mereka di barisan pimpinan atau pejuang mestilah mengiku

Siri Tarbiyah 1 - Golongan yang tercicir @ futur!! (Bahagian 1)

Sumber : Buku...Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah oleh Fathi Yakan.... Tujuan penulisan dan ulasan ini semata-mata untuk memperingatkan diri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar terus istiqamah dan berhati-hati dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Walaupun seringkali kita tertipu dengan diri dengan merasakan bahawa tarbiyah yang dilalui banyak dan lama ....kita jangan lupa kerana banyk faktor-faktor lain yang mampu mencicirkan kita atau dengan bahasa lainnya.... futur .....semoga Allah swt menetapkan diri dalam kerja-kerja dakwah ini hingga akhir hayat. Antara sebab-sebab utama keciciran ini adalah: 1) Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan (harakah). 2) Sebab-sebab yang berkaitan dengan individu. 3) Sebab-sebab luar yang menekan. InsyaAllah kita akan sama-sama melihat dan memerhatikan di mana diri kita dan adakah terdapatnya sifat-sifat dan keadaan-keadaan ini yang melanda jiwa dan rohani kita kini. 1) Sebab-sebab yang berhubung dengan gerakan (

Promosi Jambori Remaja Muslim Nasional....

Image

Koleksi gambar hari raya aidilfitri

Image
Salam Aidilfitri daripada kami...(Nuruddin Al-Zinki tido ler) Sehati sejiwa.... Hensem tak saya...lepas ni nak balik kampung...hehehe...  Sedondon...

Siri Tarbiyah 2- Sirah....Hamzah bin Abdul Mutalib

(sumber dari ismashahalam.net) Hamzah bin Abdul Mutallib Hamzah bin Abdul Muttalib lahir diperkirakan hampir bersamaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib dari Bani Zuhrah.   Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib dan Abdullah bin Abdul Mutallib terjadi bersamaan waktunya, dan ibu dari Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib. Tubuhnya tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai Asadullah atau Singa Allah kerana keberaniannya. Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Perang Badar dan Perang Uhud. Ketika peperangan di Badar, Hamzah berjaya membunuh dua orang bangsawan Quraisy. Salah seorang daripadanya bapa kepada Hendon, isteri Abu Sufian.

Bahaya dalam iklan.....

Image
(sumber di ambil daripada sebuah blog..maaf tak ingat addressnya) Sekali imbas, hanya sebuah iklan raya yang pelik dan kontemporari ala-ala 1 Malaysia. Agama Islam digabungkan dengan Kristian (beca merah di dalam buku berlatar belakangkan pokok krismas) dan agama Buddha (lilin bunga-bunga lotus/teratai) namun jika diperhalusi lagi, terdapat beberapa babak-babak tersembunyi yang jelas seakan menghina Islam!.... Jika kita faham akan simbolik-simbolik yang sering dikaitkan dengan 'Iluminati' @ New World Order, nyata sekali mereka ingin menghina Islam secara halus dan senyap. Mari kita teliti satu persatu. Kelihatan seorang kanak-kanak Melayu (Islam) sedang membaca buku bergambar. Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan North Star (Bintang Utara) menutup sehelai mukasurat lain bertulisan Jawi@Arab yang diterbalikkan (inverted). Jika klip ini diberhentikan pada babak ke 0.02, maka jelas muka su

Cabaran Rehlah Masyi Badar al-Kubro 2010

Image
Para pejuang di bulan Ramadhan... SHAH ALAM 31 Ogos -  Dalam meraikan Nuzul al-Quran pada17 Ramadhan yang lepas seramai 110 orang ahli ISMA cawangan Shah Alam & Klang sama-sama menjayakan program Rehlah Masyi Badar al-Kubro 2010 di Taman Tasik Shah Alam anjuran Biro Pembangunan Sumber Manusia Cawangan. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini terdiri daripada para peserta daripada segenap lapisan umur menyajikan pelbagai aktiviti berupa kerohanian dan fizikal antaranya perlu memenuhi beberapa kewajipan seperti hafalan beberapa ayat surah al-Anfal, istigfar, solat sunat Dhuha, soalan kuiz sirah Islam serta simulasi peperangan Badar. Pengarah program, Ustaz Rizal Sabran berkata, perjalanan rehlah pada tahun ini sangat mencabar ditambah pula dengan beberapa ujian dan dugaaan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh perjalanan para peserta. Selain itu, aktiviti yang telah ditetapkan tersebut dapat membina dan menguatkan hubungan kita dengan Allah Taala melalui wajib

Kehadiranmu dinanti....pemergianmu ditangisi

Image
   Awal Ramadhan  Dah hampir Syawal menjelang tiba....