Siri Tarbiyah 1- Golongan yang tercicir @ futur (bahagian 2)

Jika kita lihat tentang susunan bab-bab dalam buku ini, pastinya ada kepentingan dan keperluan yang lebih utama yang difikirkan oleh Ustaz Fathi Yakan. Oleh yang demikian ana berpendapat eloklah dan moleklah jika kita ingin mengkaji dan bermuhasabah terhadap gerak kerja dakwah kita harusnya bermula dari yang pertama.....bukannya dua, tiga atau seterusnya. Barulah kita akan nampak kesinambungan dan kaitannya dengan ketiga-tiga faktor utama sebab-sebab keciciran ini.

Mari kita kaji dan selidiki maksud bagi setiap sub-sebab yang diutarakan.


a) Kelemahan dari sudut tarbiyah

Biasanya apabila amal sesuatu harakah itu semakin berkembang, maka kemampuan dan kebolehan untuk mengutamakan bidang kerohanian@tarbiyah mula sedikit goyah. Masing-masing yang berada dalam ketumbukan pimpinan akan disibukkan dengan program dakwah atau peribadi yang membawa kepada kurang pekanya terhadap tarbiyah.

Jadi mahu tidak mahu, anggota harakah samada mereka di barisan pimpinan atau pejuang mestilah mengikuti tarbiyah biar betapa sibuknya atau dalam keadaan apa pun. Malah dalam keadaan dakwah menghadapi suasana yang buruk, tarbiyah lebih perlu diberi perhatian, bukan sebaliknya.....sebabnya keperluan manusia untuk mengingati Allah sangat diperlukan ketika itu.

Hubungan anggota (individu) dengan harakah hendaklah berpaksikan kepada hubungan kerana Allah dan dengan Islam. Harakah hanyalah wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat). Ianya adalah wasilah untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha memperolehi keredhaanNya, bukan wasilah untuk mencapai kepentingan diri.

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....