Kenapa dengan Remaja Melayu Muslim.....
inikah ikon Remaja Melayu Muslim yang kita mahu??
atau inikah 'produk' yang kita mahukan daripada Remaja Melayu Muslim ketika ini??
Tiada apa yang berada di muka bumi ini sempurna melainkan pencipta kita semua yakni Allah swt. Segala nikmat dan rahmat adalah kepunyaan mutlakNya tanpa sedikit pun kita berhak mengambil atau mengaku akan hak tersebut. Namun kadang-kala kita lupa untuk bersyukur akan segala yang dikuniakanNya hatta udara yang selama ini percuma sahaja kita hirup. Apatah lagi tiada daya dan upaya untuk kita membayar semula nilai kehidupan ini walau sesaat bahkan dengan emas menggunung tinggi. Tiadalah Dia meminta kita membayarnya atau pun menggantikannya. Cukuplah kita mengakui dan menyembahNya sebagai Rabb yang satu dan Maha Berkuasa.
Manusia perlu sedar akan asal usulnya. Lihatlah sahaja dalam Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 15. Terjemahan seperti berikut:
"Dan sungguh Kami mencipta manusia dari saripati (berasal) dari tanah.Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah pencipta yang paling baik. Kemudian setelah itu sungguh kamu pasti mati. Kemudian sungguh kamu akan dibangkitkan (dari kuburmu) pada hari kiamat. "
Al-Mukminun Ayat 12-16
Sesungguhnya telah jelas dimana asal kita. Namun persoalan utama yang menarik perhatian saya ialah mengenai para REMAJA MELAYU MUSLIM.....adakah telah jelas kepada kita semua peribadi remaja baik lelaki dan perempauan pada masa kini? Apakah penyebab utama masalah sosial yang berlaku kepada remaja Melayu Muslim pada tika ini? Adakah mereka ini digambarkan sebagai baik, bersopan atau berakhlak mulia? Atau pun sebaliknya yang berlaku? Siapa yang patut dipersalahkan....ibu bapa? guru? kawan-kawan? masyarakat?negara? atau diri sendiri? Semua jawapan ini telah sedia ada....dimana? Di dalam Al-Quran dan as-sunnah, sumber rujukan utama. bahkan jika kita perhatikan makna ayat di atas dengan mata hati dan akal yang waras, insyaAllah kita akan menjumpai jawapannya...cukuplah saya sekadar membuka mata dan isu untuk kita kupas bersama.......
kembalikan kegemilangan MELAYU MUSLIM....
"MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT"
Comments
Post a Comment
Sila komen....