Nuruddin Al ZInki, apa kata doktor.....

Alhamdulillah semalam kami diizinkanNya membawa Nuruddin Al Zinki untuk bertemu Dr Pakar Kanak-kanak yang paling tinggi rankingnya di Hospital Serdang. Walaupun agak lama menunggu giliran dalam 2 jam juga sebelum diperiksa, namun kesabaran menguatkan segalanya. Dr Nora, datang memeriksa di bilik rawatan dalam jam 11.00 pagi. Namun segala butir bicaranya tidak dapat saya dengar dengan jelas dek kerana riuhnya menjaga anak-anak yang lain yang turut serta ke hospital. Hanya isteri saya yang berbicara dengan Dr Nora bersama Al Zinki. Pun begitu keputusan akhirnya, Dr Nora minta Al Zinki menyambung lagi penggunaan gas oksigen tu untuk 2 bulan lagi....bermakna tambah 2 bulan lagilah isteri saya akan sambung cuti yang sememangnya tinggal kurang lebih 2 bulan.....semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik untuk Al Zinki dan kami dalam menghadapi ujian ini.....

Comments

  1. Ya Allah! Engkau berilah kekuatan kepada saudaraku, Cikgu Hardi dan Cikgu Hafizah sekeluarga. Engkau ringankanlah beban yang menimpa mereka. Engkau berilah kecerdasan akal kepada adik Nu'man,Husna dan Nu'aim supaya mereka dapat memahami dan menerima segalanya dengan redha. Engkau tambahkan kekuatan dalam diri adik Nuruddin supaya antibodi bertambah kuat untuk melawan pelbagai virus yang menyerangnya. Engkau bukakanlah pintu hati insan-insan yang berada disekelilingnya untuk membantu mereka di kala susah dan senang. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....