Posts

Showing posts from May, 2011

Keajaiban yang dinanti....dikabulkan jua....

Image
Alhamdulillah pada hari ke 9 (Sabtu, 28 Mei 2011), akhirnya keajaiban yang dinanti berkunjung jua. Doa yang dipinta dan dipohon diperkenan jua. Nuruddin Al Zinki melepasi tahap pertama dari saat yang genting ... dikala pada suatu ketika 'tiada harapan@hanya doa senjata terakhir buatnya'....kini berkat dan makbulnya doa keluarga, kawan-kawan dan sahabat-sahabat seperjuangan ..... pada tika ini Nuruddin Al Zinki semakin pulih dan mampu bernafas secara normal (walaupun masih dibantu dengan gas oksigen) dan masih terdengar bunyi 'kahak' dari dadanya....mudah-mudahan ianya memberi satu petunjuk dan petanda kesembuhan semakin menjelma. Dan ianya pasti berita gembira buat umminya yang kebetulan menyambut ulang tahun lahirnya semalam (29 Mei 2011) disaat Nuruddin Al Zinki disisinya sentiasa. 

Hari ke-8 di wad ICU (gambar)

Image
Separuh sedar.... "Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujian ini dan berilah ketabahan kepada abi, ummi, along, kak ngah dan abg cik untuk terus sabar dengan keadaanku ini...amin"

Isnin....hari ke 5 buatnya....

Image
Bissmillahir rahmanir rahim.....alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk kembali menulis selepas semalam tidak mampunya jari-jari ini menari di atas papan kekunci ini. Gambar disebelah di ambil pada 22 Mei 2011 (semalam), dan pada ketika ini Nuruddin Al Zinki masih di 'paralys' kan supaya sentiasa tidak bergerak kerana ianya akan menyebabkan 'spysm' berlaku (pengecutan paru-paru) secara mengejut. Pagi semalam (Ahad), suhu badan Nuruddin terutama di kaki menurun (sejuk) sehingga terpaksa disarungkan dengan satu alat pemanas khas dijana oleh mesin(lihat gambar dibawah) bagi memastikan suhunya kembali normal. Kakinya disapu minyak panas dan diurut2 supaya kekal segar kerana sepanjang malam tidak bergerak. 

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL

Image
21 Mei 2011-Jazakallah diucapkan pada ikhwah dan akhawat serta rakan-rakan sekerja dan sematrik dahuli yang sudi melawat Nuruddin Al Zinki hingga tak menang tangan dan kaki hendak melayan. Maaf kiranya kami gagal nak menjwab pelbagai persoalan yang diajukan...setakat yang termampu yang boleh dijawab dalam kondisi sebegini. Allhamdulillah paginya, keadaan Nuruddin Al Zinki agak stabil dan semakin pulih berdasarkan keadaan semasanya disamping observation yang diberikan oleh Dr Azizi (ikhwah) yang datang melawat. Namun menjelang petang dalam jam 4.30 petang, keadaan menjadi sebaliknya. Disaat ramainya pelawat yang ingin menziarahi Nuruddin, di saat itu Allah ingin menguji keimanan dan kebergantungan kami hanya padaNya. 

Jom berfikir sejenak

keindahan matematik 1 x 8 + 1 = 9 12 x 8 + 2 = 98 123 x 8 + 3 = 987 1234 x 8 + 4 = 9876 12345 x 8 + 5 = 98765 123456 x 8 + 6 = 987654 1234567 x 8 + 7 = 9876543 12345678 x 8 + 8 = 98765432 123456789 x 8 + 9 = 987654321

Hari ke 2 di wad ICU....

Image
20 Mei 2011 - Awal pagi Nuruddin Al Zinki kembali tidak stabil. Sebelum tengahari darah terpaksa ditambah bagi membantu paras hemoglobin dalam darah pada bacaan 10 ke atas (sedangkan pada waktu itu bacaan hanya pada paras 8). Alhamdulillah petang, keadaan kembali stabil tetapi denyutan jantung masih laju hingga mencecah 180.....

Kem Jati Diri Muslim 4....tinggal seminggu sahaja lagi...

Allah ingin menguji kami lagi.....Nuruddin Al Zinki di wad ICU

Image
Segalanya kami serahkan padaNya. Setiap perancangan dan ketentuanNya ada hikmahnya. Kami redha semampunya. Semalam jam 3 pagi kami sampai di bahagian kecemasan Hospital Serdang dan di admit ke wad sejurus sebelum azan Subuh. Jam 10 pagi Nuruddin terus dihantar ke wad ICU dalam keadaan kritikal 50:50.....segala yang termampu cuba dilakukan oleh para Dr bagi memastikan kadar pernafasan kembali normal.  Dadanya terus berombak dengan laju dan pelbagai ubat terus dimasukkan ke dalam badannya bagi menstabilkan keadaanya.

KJDM 4 semakin menghampiri...ayuh segera daftar.....

Image
KEM JATI DIRI 4 kembali lagi pada tahun 2011 ini. Sertai kami untuk pelbagai aktiviti menarik yang membina keperibadian remaja hebat. REMAJA HEBAT HIDUP BERSYARIAT! KEM JATI DIRI 4 Tarikh : 28 - 29 Mei 2011 Tempat : Nur Lembah Pangsun, Hulu Selangor, Selangor Yuran : RM50 (Bayar di hari pendaftaran 28 Mei 2011) Sasaran : Remaja 13 - 18 tahun (Lelaki & Perempuan) Pengangkutan disediakan : Berkumpul di Masjid Negeri jam 8.30 pagi 28 Mei 2011 :: Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar!! ::

SeLaMaT HaRi GuRu....

Image
Salam ukhuwah buat semua sahabat2 dan kawan2 seperjuangan dalam bidang perguruan....insyaAllah esok hari kita akan menyambut hari Guru....satu2nya hari para guru diperingati semula....walaupun kerap kali menjadi mangsa dan cacian ibu bapa apabila anak2 mereka gagal dalam peperiksaan. Semuanya tu telah lali ku lalui. Sebagai pendidik, disinilah tempat untuk menanam  biji benih PAHALA sebanyak mungkin, yg rasanya tiada kerjaya lain yg berpeluang seperti GURU.... Setiap keringat yang dicurah dengan ikhlas, insyaAllah akan mendapat ganjarannya di dunia mahupun akhirat...namun ianya mampu menarik kita ke neraka andai kita cuai dan lalai mendidik dan yang paling penting.....sentiasa memperingatkan murid2 akan kebesaran dan keagungan Allah swt... Marilah kita sama-sama MUHASABAH diri semula agar setiap detik dan saat keringat para guru....menjadi butir2 cinta padaNya..... 

Kronolgi - setahun Nuruddin Al Zinki

Image
Alhamdulillah, hari ini pada 7hb Mei 2011, genap setahun umur Nuruddin Al Zinki. Sejak kelahirannya yang mengundang pelbagai dugaan dan cabaran, Allah swt memudahkan segalanya untuk kami menghadapi keadaannya dan berkat doa dan sokongan keluarga, ikhwah akhawat, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan semua yang mengenali kami. Jazakallahu khairon khathira sekali lagi kami ucapkan pada semua. (Gambar kiri - di sebelah ini adalah gambar pertama yang dapat saya ambil pada  7 Mei 2010 di NICU, Hospital Serdang).    Selama 7 hari Nuruddin Al Zinki berkeadaan sebegini dan kami hanya mampu berdoa, membacakan Al Quran setiap kali saya melawat dan sentiasaberkomunikasi dengannya kerana kami dilarang menyentuhnya secara terus dikhuatiri dijangkiti bakteria atau virus (nurse yang urus semua-terima kasih para jururawat yang menjaganya penuh dedikasi).