Keajaiban yang dinanti....dikabulkan jua....

Alhamdulillah pada hari ke 9 (Sabtu, 28 Mei 2011), akhirnya keajaiban yang dinanti berkunjung jua. Doa yang dipinta dan dipohon diperkenan jua. Nuruddin Al Zinki melepasi tahap pertama dari saat yang genting ... dikala pada suatu ketika 'tiada harapan@hanya doa senjata terakhir buatnya'....kini berkat dan makbulnya doa keluarga, kawan-kawan dan sahabat-sahabat seperjuangan ..... pada tika ini Nuruddin Al Zinki semakin pulih dan mampu bernafas secara normal (walaupun masih dibantu dengan gas oksigen) dan masih terdengar bunyi 'kahak' dari dadanya....mudah-mudahan ianya memberi satu petunjuk dan petanda kesembuhan semakin menjelma. Dan ianya pasti berita gembira buat umminya yang kebetulan menyambut ulang tahun lahirnya semalam (29 Mei 2011) disaat Nuruddin Al Zinki disisinya sentiasa. 

Doakanlah supaya Nuruddin Al Zinki terus kuat, tabah dan cekal menghadapi ujian ini dan semoga diberi peluang olehNya untuk kami sama-sama membentuk dan mendidiknya menjadi seorang daie dan rijal-rijal dalam menegakkan Ad-deen dimuka bumi Allah swt ini bersama abang-abang dan kakaknya....itulah kesudahan yang terbaik buat kami sebagai ibu bapanya...amin

Comments

  1. Alhamdulillah...

    Dan selamat hari lahir buat Hafizah...


    dr rafidah
    bangi

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Allahlah yang memberikan kesembuhan. Semoga keadaan Nuruddin semakin baik. Maaf Makcik im x dpt menziarah, byk kekangannya tp doa sentiasa mengiringi.

    Shamima

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah!semoga adik nurruddin semakin sihat dan ceria ...

    azrianawati SU krim

    ReplyDelete
  4. Alhmdlllah...lega makngah tgk nurruddin dah sihat sikit dan tak risau bila terpaksa balik kekedah semula...insyaallah minggu depan pakngah dan kakak2 nak ziarah nuruddin...semoga cepat sembuh ye....Selamat Hari Lahir buat Ummi...semoga ummi terus tabah dan kuat dgn ujian dari NYA...amin.....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Subhanallah, Allah hu Akbar...

    SEMOGA BERTAMBAH SIHAT


    Dari kami: Majid dan Akhmar sekeluarga Bdr Br Bangi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, moga urusan Cikgu sekeluarga dipermudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....