Kronolgi - setahun Nuruddin Al Zinki

Alhamdulillah, hari ini pada 7hb Mei 2011, genap setahun umur Nuruddin Al Zinki. Sejak kelahirannya yang mengundang pelbagai dugaan dan cabaran, Allah swt memudahkan segalanya untuk kami menghadapi keadaannya dan berkat doa dan sokongan keluarga, ikhwah akhawat, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan semua yang mengenali kami. Jazakallahu khairon khathira sekali lagi kami ucapkan pada semua.(Gambar kiri - di sebelah ini adalah gambar pertama yang dapat saya ambil pada  7 Mei 2010 di NICU, Hospital Serdang).  

Selama 7 hari Nuruddin Al Zinki berkeadaan sebegini dan kami hanya mampu berdoa, membacakan Al Quran setiap kali saya melawat dan sentiasaberkomunikasi dengannya kerana kami dilarang menyentuhnya secara terus dikhuatiri dijangkiti bakteria atau virus (nurse yang urus semua-terima kasih para jururawat yang menjaganya penuh dedikasi).
 
Ketika ini hanya Allah swt yang mengetahui perasaan kami apabila melihat keadaannya dan mengenangkan keperitan serta kesakitan yang sedang dihadapinya. Lebih menambahkan lagi kesuraman suasana ini apabila Dr memberikan 48 jam sama ada boleh 'survive' atau tidak......Kami pasrah dan redha dengan ujian ini walaupun kerap kali kami melihat beberapa orang anak-anak lain (bayi) di wad NICU ini yang akhirnya 'dijemput' kembali ......(Gambar kanan - Nuruddin Al Zinki pada usia sebulan)


Selepas 41 hari di wad NICU, akhirnya Nuruddin Al Zinki dibenarkan pulang ke rumah (bermakna kali pertama keluar dari hospital) tetapi dengan syarat dikuarantin. Maksudnya selama 2 bulan mendatang, Nuruddin akan hanya berada di rumah dan perlu dijauhkan daripada virus-virus berjangkit lain (demam, selsema, batuk, asap rokok dll) yang boleh diperolehi daripada orang lain (tetamu). (Gambar kiri- Nuruddin Al Zinki bersama abang-abang dan kakaknya di rumah)



Namun sekali lagi Nuruddin Al Zinki dimasukkan ke hospital selepas kami sempat merayakan Aidilfitri bersama keluarga dikampung/bandar masing-masing, kelihatan dia kembali tidak sihat@semput dan batuk yang kuat. Nampaknya paru-paru masih belum cukup kuat untuk berhadapan dengan suasana diluar hospital (sempat hantar 4 hari ke rumah pengasuh). Umminya terpaksa sambung cuti separuh gaji sehingga Al Zinki kembali pada paras sihat walaupun selepas ini terpaksa bergantung dengan mesin bantuan oksigen yang perlu dibawa ke rumah. 


Sehingga kini sudah 5 kali Nuruddin Al Zinki ditahan di wad dan pernah sekali di wad ICU (kritikal).....bulan 9 (2010), bulan 10 (2010), bulan 2 (2011) dan bulan 3 (2011). 



Dan hari ini genap umur dipanjangkan SETAHUN (7 mei 2011).....semoga terus panjang umur dan diberikan kekuatan untuk terus berjuang....amin


SELAMAT ULANG TAHUN NURUDDIN AL ZINKI......
 dan 
 NUQMAN ke 3 tahun (28 April)...

Info terkini: Seorang lagi sahabat seperjuangan Nuruddin Al Zinki (kawannya yang ke-4) iaitu adik Nurikram telah selamat kembali kerahmatullah....dijemputNya dan sama2lah kita sedekahkan Al fatihah buat anak kecil ini semoga rohnya dimuliakan dan diberikan kekuatan buat keluarga (kak fatimah dan keluarga) dalam menghadapi ujian getir ini....amin

Comments

  1. Sesungguhnya, ape yang Tuhan tentukan ... Pasti akan terjadi ... Kesabaran dan Ketabahan Merupakan satu yang perlu ada di jadi diri seseorang ... Setiap apa yang Ditentukan adalah Satu Yang Pasti ... Allah Hu Akbar ...

    ReplyDelete
  2. Salam.... semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan untuk anta sekeluarga..
    Insyaallah, kami sekeluarga sentiasa mendoakan agar Nuruddin cepat sembuh.
    ~ akhi Majid & akhmar sekeluarga. DHl

    ReplyDelete
  3. Boleh kita berhubung sebab saya pun mempunyai masalah yg sama. Sila hubungi saya 013 6313443

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....