Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL
21 Mei 2011-Jazakallah diucapkan pada ikhwah dan akhawat serta rakan-rakan sekerja dan sematrik dahuli yang sudi melawat Nuruddin Al Zinki hingga tak menang tangan dan kaki hendak melayan. Maaf kiranya kami gagal nak menjwab pelbagai persoalan yang diajukan...setakat yang termampu yang boleh dijawab dalam kondisi sebegini.
Allhamdulillah paginya, keadaan Nuruddin Al Zinki agak stabil dan semakin pulih berdasarkan keadaan semasanya disamping observation yang diberikan oleh Dr Azizi (ikhwah) yang datang melawat. Namun menjelang petang dalam jam 4.30 petang, keadaan menjadi sebaliknya. Disaat ramainya pelawat yang ingin menziarahi Nuruddin, di saat itu Allah ingin menguji keimanan dan kebergantungan kami hanya padaNya.
Dari jam 4.30 hingga 6.00 petang, Dr terpaksa memberi rawatan khusus apabila bacaan Oksigen Nuruddin turun mendadak hingga ke tahap 50% sahaja berbanding normal 100%.
Hinggakan sekiranya ada sedikit pergerakkan daripada Nuruddin menyebabkan paru-parunya terus terganggu dan mengecut (simptom sypsm). Pelbagai ubat ditambah dan % kandungan oksigen dinaikkan namun tindakbalasnya makin membimbangkan. Sekitar jam 6 petang Dr yang bertugas, Dr Normah (difahamkan akhawat) memanggil kami berdua untuk diberi penerangan mengenai keadaan Nuruddin Al Zinki....
Hinggakan sekiranya ada sedikit pergerakkan daripada Nuruddin menyebabkan paru-parunya terus terganggu dan mengecut (simptom sypsm). Pelbagai ubat ditambah dan % kandungan oksigen dinaikkan namun tindakbalasnya makin membimbangkan. Sekitar jam 6 petang Dr yang bertugas, Dr Normah (difahamkan akhawat) memanggil kami berdua untuk diberi penerangan mengenai keadaan Nuruddin Al Zinki....
Sememangkan seperti yang saya telah jangkakan, pertemuan ini sekadar untuk memaklumkan kondisi Nuruddin yang sebenarnya masuk ke fasa SANGAT KRITIKAL....hinggakan mereka terpaksa menaikkan ubat tidur pada tahap yang tinggi supaya Nuruddin berada dalam keadaan paralysis ( dihentikan semua tindakbalas dan hanya bergantung pada mesin untuk terus bernafas).....dan kami diberi nasihat agar bersedia dari awal untuk menghadapi sebarang keadaan dengan REDHA....Dr akan memberikan yang terbaik namun segalanya ditentukan oleh Allah swt yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dalam segala perancangannya......
Katakanlah, tidaklah sesuatu musibah yang mengenai kami itu kecuali telah tertulis disisi Allah, dan kepada Allah sahajalah orang2 mukmin bertawakkal...
ReplyDeleteSemoga tabah dalam menempuh segala ujianNya.
ReplyDeleteHarap dapat bersabar dengan segala ketentuanNya.
ReplyDeletesemoga hadi dan fizah dberi ketabahan,kejaiban itu dr Allah.
ReplyDelete