Kristianisasi bukan isu kecil, masyarakat keliru
via ISMAWeb by admin on 10/19/11
BANGI, 19 Okt.
– Isu pemurtadan melalui agenda kristianisasi bukanlah isu kecil atau
remeh, tegas Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz
Muhammad Fauzi B. Asmuni, ketika diminta mengulas kenyataan akhbar
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr. Abd Rani Osman berhubung Himpunan
Sejuta Umat (HIMPUN) Sabtu ini.
Dr. Abd Rani
telah dipetik Harakahdaily sebagai berkata, “Biarpun Kristianisasi
adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan
akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman
perkauman, sekularisme dan materialisme”.
Naib
Presiden II ISMA itu berhujah bahawa “Menjaga agama adalah kewajipan
nombor satu umat Islam. Ia terletak di nombor satu dalam susunan
‘dharuriat khamsah’ (lima perkara asas yang perlu dipelihara sebagai
tiang kehidupan muslim). Ini telah disepakati oleh ramai ulama muktabar
termasuk Imam As-Syatibi, Abu Zuhroh dan lain-lain”.
Beliau juga
menyatakan bahawa gerakan kristianisasi akan memberi kesan langsung
kepada kerosakan akidah umat berbanding dengan yang lainnya (fahaman
perkauman, sekularisme dan materialism). Fahaman yang lain jika difahami
berdasarkan ‘mafhum’ (pengertian) falsafah Barat, memang boleh membawa
kekufuran. Namun jika istilah itu (contohnya perkauman) dilihat tidak
menggunakan ‘mafhum’ falsafah Barat, ia masih terbuka kepada
perbincangan untuk menentukan samada ianya meruntuhkan akidah atau
tidak, tegasnya lagi.
Ustaz Fauzi
mengingatkan agar isu kristianisasi ini tidak diukur berdasarkan untung
rugi undi pilihanraya semata-mata. Ia sebaliknya mesti diukur
berdasarkan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam perjuangan asli dakwah
Islam. Ini selaras dengan sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang mencari
redha Allah dalam kemarahan manusia, Allah akan redha kepadanya dan
begitulah juga manusia. Sesiapa yang mencari redha manusia dalam
kemurkaan Allah, Allah akan murka kepadanya dan begitu jugalah manusia”,
katanya lagi.
Apa yang
dibimbangi oleh masyarakat muslim adalah toleransi yang tidak kena pada
tempatnya akan menghilangkan rasa mulia (izzah) dalam jiwa umat Islam,
khususnya generasi muda yang mentah, terhadap hakikat ketinggian agama
ini. Ini merupakan musibah besar kepada kelangsungan kefahaman Islam
yang syumul dan jatadiri umat muslim pada masa depan.
Comments
Post a Comment
Sila komen....