Hari ke 7....masih demam...diberi antibiotik

Hari ini (semalam), Nuruddin Al Zinki masih demam.....masih 38 - 39 darjah celcius.....perlu sentiasa perhatikan takut kena sawan atau 'tarik' pula. Alhamdulillah batuk  dah sangat berkurangan. Cuma kesian sebab masuk ubat antibiotik melalui tiub di tangan. Ini bagi membolehkan demamnya cepat kebah dan Dr memberikan 24 jam untuk melihat kesan antibiotik....maknanya jika masih demam....penyakit lain pula lah yang bertandang....sebab orang kata tak elok duduk lama-lama kat hospital....dah namanya hospital tempat penyakit mencari 'kawan-kawan' baru...



Jadi kita sama-sama doakan supaya cepat kebah demamnya.....rasanya kali ini penat sikit berulang dari Jalan Kebun, Klang ke Hospital Serdang....lebih 20 km dari rumah lama....Ya Allah berilah daku dan keluargaku kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi ujian ini walaupun tidaklah sehebat hamba2 Mu yang soleh .....bila mereka diuji keimanannya....

Comments

  1. al-zinki sayang....moga cepat sembuh ya. al-zinki mesti kuat lwn sakit tu supaya ummi dan abi tidak lg susah hati ok. smpikan salam auntie pd ummi al-zinki ya.autine sentiasa doakan supaya al-zinki sihat seperti kanak-kanak lain. btw auntie suka tgk raut wajah al-zinki, tetap happy wlupun tgh tak sihat. good boy sayang!

    ReplyDelete
  2. syukron auntie azimah...insyaAllah Al Zinki akan tetap tersenyum walaupun di dalam hanya Allah yang tahu.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL