Nuruddin Al Zinki di tahan wad sekali lagi...
Segala puji bagi Allah kerana memberikan kami terus kekkuatan untuk menghadapi dugaan demi dugaan. Tengah malam tadi Al Zinki batuk tidak berhenti-henti sehingga memaksa kami sekeluarga seawal jam 5 pagi ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang. Kebetulan pula pagi ini Al Zinki ada temujanji dengan Dr Nora, Dr Pakar kanak-kanak untuk melihat perkembangannya menggunakan mesin bantuan oksigen. Namun ketentuan Allah tidak akan dapat diduga. Keadaan Al Zinki dikuatiri semakin buruk menyebabkan Dr Nora mencadangkan Al Zinki ditahan supaya dapat memulihkan dirinya daripada batuk. Semoga Allah swt memberikan yg terbaik buat Al Zinki dan kami sekeluarga. Laporan selanjutnya akan terus diberi dari semasa ke semasa, insyaAllah....
Comments
Post a Comment
Sila komen....