Status terkini ,,,, Al Zinki....


Segala perancanganNya tidak mampu kita sebagai hambaNya menduga secara tepat apa jua pengakhiran kita....disangka hari ini Al Zinki dapat kembali ke teratak kecil kami ini, tidak kesampaian....sedikit keanehan berlaku....

Petang semalam, Al Zinki berada dalam kondisi yang cukup menyakinkan untuk beransur pulang dengan hanya mengambil nab 4 jam sekali...namun selepas sinaran mentari memancar, kahak mula mencair keluar lalu membingitkan bunyi berdesing menandakan kondisi semakin tidak selesa buatnya. Nab juga mula diambil sejam sekali....

Petang tadi pula, dikesempatan masa yang ada (terima kasih pada kawan2 sekolah@jiran yg sudi menjaga anak2 kami sehingga waktu maghrib), kadar keaktifan masih baik walaupun masih kedengaran bunyi kahak semasa bernafas. Doktor mula keliru dan akhirnya satu lagi kaedah digunakan....ambil darah untuk menguji tahap kesihatan SEL DARAH PUTIH....

InsyaAllah esok akan kita sama2 ketahui kebimbangan yang mungkin muncul disebalik SEL DARAH PUTIHnya itu.....

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....