Tokoh 1 - Sultan Muhammad Al-Fateh (bahagian dua)

Namanya adalah Muhammad II bin Murad II bin Muhammad I.
Lahir pada 20 April 1429 M (26 Rejab 833H).

Memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1451 M ketika usianya baru 21 tahun. Merupakan sultan Othmaniah yang ke 7.

Mewarisi kerajaan yang kuat dan luas daripada sultan-sultan yang terdahulu. Pun begitu beliau tidak berpada, sebaliknya berusaha untuk memperluaskan lagi pembukaannya sehingga keEropah dan Asia kecil.

Memerintah selama 30 tahun (1451-1581). Masyhur dengan gelaran "Muhammad al-Fateh" sempena kejayaannya membuka Kostantinople sekaligus melaksanakan janji Rasulullah yang telah disebut di dalam hadisnya semenjak seribu tahun:

لتفتحن القسطنطي نية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Maksudnya: "Sesunguhnya kota Kostantinople akan dibuka. Maka sebaik-baik pemerintah itu adalah yang membukanya dan sebaik-baik tentera itu adalah tentera yang membukanya."

Muhammad al-Fateh terkenal sebagai seorang pemimpin yang bijak di dalam ilmu peperangan, berilmu tinggi, berakhlak mulia serta berpegang kuat dengan ajaran Islam. Dan inilah persaksian yang dinyatakan oleh Ibn Iyas seorang tokoh sejarah sebaik sahaja mendengar berita kematiannya.

Beliau berkata: "Beliau merupakan seorang sultan, mujahid, pelopor kepimpinan di Kostantinople, adil di dalam pemerintahannya, tinggi ilmunya, ramai tenteranya dan berjaya menundukkan negara-negara kafir kepada Islam."

Terkenal dengan kerahsian yang tinggi; terutama yang berkaitan dengan strategi ketenteraannya hinggakan kepada orang penting di dalam angkatan tenteranya. Ketika ditanya tentang kerahsian beliau menjawab:

لو عرفته شعرة من لحيتي لقلعتها
Maksudnya: "Sekiranya sehelai daripada janggutku mengetahui rahsiaku, nescaya akan aku mencabutnya."

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....