Allah ingin menguji kami lagi.....Nuruddin Al Zinki di wad ICU

Segalanya kami serahkan padaNya. Setiap perancangan dan ketentuanNya ada hikmahnya. Kami redha semampunya. Semalam jam 3 pagi kami sampai di bahagian kecemasan Hospital Serdang dan di admit ke wad sejurus sebelum azan Subuh. Jam 10 pagi Nuruddin terus dihantar ke wad ICU dalam keadaan kritikal 50:50.....segala yang termampu cuba dilakukan oleh para Dr bagi memastikan kadar pernafasan kembali normal. 


Dadanya terus berombak dengan laju dan pelbagai ubat terus dimasukkan ke dalam badannya bagi menstabilkan keadaanya.
Nuruddin Al Zinki juga terpaksa menggunakan ventilator iaitu ALAT BANTUAN PERNAFASAN sebagaimana sewaktu lahirnya dulu.....bulan ini genap usianya SETAHUN dan Allah menguji kami lagi....Ya Allah berilah kami sekali lagi kesabaran yang maksimum....sedangkan hati kami kadang-kadang tidak mampu menghadapinya.....kawan-kawan doakan buat Nuruddin Al Zinki dan kami sekeluarga supaya kami terus mengharap RAHMAH dan CINTANYA....

Comments

  1. moga tabah hati ya akhi...

    syafakallah

    ReplyDelete
  2. semoga cikgu hardi sekeluarga teruskan tabah.. semua pengorbanan cikgu sbgai ibu bapa nuruddin ini, walaupun tak ramai manusia lain tahu,

    tapi yakinlah, Allah s.w.t dan seluruh isi langit selalu melihat dan memberi pahala yg besar utk cikgu dan keluarga!

    Ana mondoakan dari jauh utk cikgu sekeluarga dan utk Nuruddin juga

    ReplyDelete
  3. syafakAllah
    insyaAllah ujian ini ada ganjaran yg besar disisiNya. Didoakan semoga k.fiza,cikgu,nuruddin sekeluarga diberi Allah kekuatan

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL

Al-Hilmi