29 August 2011

Pergimu Ramadhan, Hadirmu Syawal, Merdekakah kita?

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita diizinkan untuk merasai nikmat berada dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini hingga ke penghujungnya buat tahun 1432H ini. Belum tentu lagi adanya peluang dan ruang untuk bersamanya pada tahun hadapan. Oleh yang demikian dalam persediaan kita menyambut Syawal pula, alangkah baiknya jika kita sama-sama mengambil sedikit masa ini untuk meMUHASABAH kembali amalan-amalan soleh yang sempat dibuat pada ramadhan kareem kali ini.

Biasanya apabila tiba bulan Ramadhan, pastinya amalan solat sunat terawih dan witir menjadi tumpuan utama masyarakat muslim umum. Namun amalan-amalan lain seperti membaca dan mentadabur Al-Quran hingga khatam, solat qiamulail bermunajat padanya, memberi sedekah sekerap yang mungkin, menyediakan juadah berbuka buat jiran dan masyarakat setempat, mengambil keberkatan bangun sahur di akhir malam menjelang Subuh, mengerjakan sunnah Nabi saw ketika berbuka dengan buah kurma atau tamar,  banyakkan beristighfar dan mengingati mati, berbuat baik pada keluarga
dan sahabat handai, menjaga nafsu amarah dan syahwat dengan lebih baik, solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid, mendoakan umat Islam yang dihina dan diperlakukan kekejaman seperti di PALESTIN dan IRAQ juga diserata dunia....dan pelbagai lagi amalan-amalan yang jika saya nukilkan di sini boleh menerbitkan sebuah cerpen. 

Bagaimana PRESTASI amalan-amalan ini? 
Adakah sekadar ala kadar kita lakukan?
Berpuas hatikah dengan PRESTASI itu?
Berjayakah kita melakukan secara MAKSIMUM amalan-amalan demikian?
Maka patutkah kita raikan dan menyambut AIDILFITRI secara BERLEBIH-LEBIHAN?
.....USAPLAH DADA, TANYALAH IMAN DAN TAQWA.....

Buat para daie dan pendakwah baik muda atau tua....terhentikah USAHA pada bulan ini?
Seandainya masih banyak ruang dan masa kita bazirkan, alangkah ruginya kita.....terutama diri saya yang menulis ini....

Firman Allah swt dalam surah al-Anfal ayat ke2 yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang disebut nama ALLAH, maka GEMENTARLAH HATINYA, dan apabila dibacakan AYAT-AYAT-NYA, bertambah kuatlah IMANNYA dan hanya kepada Tuhan mereka BERTAWAKAL"

Buat kami sekeluarga, ramadhan kali ini banyak menguji diri agar sentiasa SABAR dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada-Nya setelah berusaha. Ujian buat anak kami, Nuruddin Al Zinki sejak lahir hingga kini (masuk wad di bulan Ramadhan selama 4 hari dan kali ke5 bagi tahun 2011 ini) memberikan kami satu peringatan bahawa nikmat dan rahmat itu hanya MILIK-NYA dan tiada siapa mampu MENCABAR KEKUASAAN-NYA. Kami tetap bersyukur kerana masih dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan kesihatan walaupun segala perancangan untuk memantapkan dan menggencarkan amalan soleh dibulan ini terganggu. Namun nikmat solat Subuh berjemaah setiap hari di bulan ramadhan pada tahun ini (hanya sekali tidak diizinkan-Nya, ketika tinggal hany bersama anak2, Nuruddin dan umminya dihospital), melahirkan satu rasa dan nikmat yang tidak dapat dituturkan dengan lidah ini tetapi dapat merasakan itulah kasih sayang daripada-Nya.....

Alhamdulillah Nuruddin Al Zinki kembali pulih sedikit demi sedikit dan teruskan sama-sama mendoakan kesihatannya walaupun kami tetap KUARANTINkannya maksudnya TIDAK MEMBERNARKAN NURUDDIN AL ZINKI KELUAR DARI RUMAH ATAU MEMBENARKAN ORANG LAIN (selain adik-berdiknya dan pengasuhnya sahaja) UNTUK MELAWATNYA DIRUMAH....harap semua kaum keluarga dan sahabat-handai FAHAM akan situasi kami supaya Nuruddin Al Zinki TERHINDAR DARIPADA MANA-MANA VIRUS DAN BAKTERIA LUAR.....(kerana ada sesetengah orang TIDAK FAHAM tentang RASA BAGAIMANA PERASAAN KAMI DISAAT NURUDDIN AL ZINKI MENGHADAPI SAKITNYA BILA DAH TERKENA VIRUS......

Buat adik-adik remaja dan remaji diluar sana terutama ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) Shah Alam, teruslah istiqamah dengan aktiviti-aktiviti Islamik dan yang dianjurkan oleh KRIM atau di sekolah-sekolah kerana hanya dengan itu kita akan terus dapat memantapkan dan menguatkan iman, aqidah dan kefahaman terhadap cara hidup Islam yang SYUMUL (menyeluruh) dan benar.....seandainya kita jauh dari orang-orang soleh, maka semakin jauhkah kita dengan hidayah dan taufiknya....HENDAK SEJUTA USAHA, TIDAK MAHU SEJUTA ALASAN....mudah-mudahan perkongsian saya pada kali ini, sekurang-kurangnya mengetuk pintu hati kita untuk terus TSABAT (taat) dan ISTIQAMAH dalam beramal hanya untuk mendapat KEREDHAAN dan KERAHMATAN serta KEAMPUNAN agar kita sama-sama dimasukkan ke SYURGA-NYA dan diJAUHKAN daripada API NERAKA-NYA......insyaAllah.

Akhir pena, kami sekeluarga serta warga kerja KRIM SHAH ALAM, memohon seribu keampunan seandainya ada kesilapan dan mengucapkan salam tangisan atas pemergian Ramadhan dan salam AIDILFITRI buat semua...juga SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA (semoga kita terus keluar dari PENJAJAHAN KEMUNGKARAN kepada KEBAIKAN)......

Ikhlas daripada saya, 
CIKGU HARDI
PENGARAH Kelab Remaja ISMA (KRIM) SHAH ALAM
www.temansejatimu.blogspot.com
www.krimsak.blogspot.com
www.ismashahalam.net

No comments:

Post a Comment

Sila komen....