Ramadhan 1432H: Takdir buat Nuruddin Al Zinki dan doktornya

Ramadhan kareem baru menjengah hari ke 6....namun semalam kami menerima berita sedih selang beberapa hari kami mendapat berita gembira. Baiklah, kita mulakan dengan berita baik dahulu. Pada hari Khamis lepas (Ramadhan ke 4), Nuruddin Al Zinki dibawa ke hospital untuk bertemu dengan doktor pakar bagi melihat perkembangan terkininya. Dan doktor mencadangkan agar membuat sedikit perubahan terhadap masa pemakaian gas oksigen buat Nuruddin bagi menambahkan kekuatan paru-parunya. Maknanya kini (dalam percubaan), Nuruddin akan hanya memakai gas oksigen pada waktu malam atau waktu tidur sahaja. Alhamdulillah, makin aktiflah Nuruddin bermain satu rumah ditambah dengan kemampuannya yang sudah berjalan. Cuma Doktor hanya risau kerana berat badannya masih rendah, sekitar 8 kg sahaja....Namun begitu Nuruddin Al Zinki masih dalam KUARANTIN DI RUMAH, bermakna Syawal kelak semua beraya di rumah sahaja......


Berita sedihnya, kami tidak dapat bertemu dengan Doktor Pakar yang merawat Nuruddin iaitu Dr Norra yang dimaklumkan telah dimasukkan ke ICU ...di PPUM....cadangnya hujung minggu ini nak melawat, namun Allah swt sangat menyayanginya dan beliau (Dr Norra) selamat kembali kerahmatullah awal pagi tadi (6hb) dibulan Ramadhan ini....semoga usaha dan tenaga yang diberikan buat semua pesakitnya terutama Nuruddin Al Zinki, dibalas sebaiknya oleh Allah Yang Maha Pengasih...sesungguhnya diri kita ini milikNya dan bila-bila masa boleh diambilNya....marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Dr Norrasyidah....

Dan teruskan berdoa buat Nuruddin Al Zinki di bulan Ramadhan ini agar terus diberikan kesihatan yang baik dan kelak mampu menjadi rijal yang soleh....insyaAllah...

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA.....

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....