Ujian itu satu rahmat....

Bulan Ramadhan yang mulia ini, berduyun-duyun manusia bergelar muslim terus mengejar ganjaran-ganjaran pahala yang dilipatgandakan oleh Allah swt dalam setiap ibadat wajib mahupun sunat. Maha Suci Allah yang sangat Pemurah lagi Maha Pengasih. Namun demikian seseorang muslim itu belum benar-benar dianggap bertakwa seandainya hidupnya penuh keriangan dan keseronokan dalam beribadat. Tidak lengkap kehidupan seseorang muslim itu seandainya kita tidak diuji dengan ujian-ujian dalam mengharungi bagi menjadi penentu aras ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt.   
 
Adakala manusia akan merasa lemah dan berputus harapan tatkala ketidakmampuan diri menghadapi ujian-ujian ini. Di sinilah perlunya sokongan dan dokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam mengharungi ujian tersebut. 
Marilah kita selak kembali sirah para nabi dalam menghadapi ujian. Kisah Nabi Ayub as dengan ujian penyakit, kisah Nabi Zakaria as dengan tentangan pihak kuffar sehingga membawa kewafatan baginda digergaji badannya, kisah Nabi Musa as dan Nabi Harun dengan kaumnya yang kerap kali mengingkari arahan Nabi  dan begitu juga junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw menghadapi ujian berat dan tentangan dari pihak kuffar dan munafiqun juga....Jadi apa sangatlah ujian yang kita terima kini? 

 
"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti akan Kami tambahi nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatku, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih" (Surah Ibrahim: 7)

Beberapa hari kebelakangan ini, terasa diri agak lemah bila memikirkan ujian yang diberikan olehNya terutama buat anak kami Nuruddin Al Zinki. Baru beberapa hari mampu untuk bernafas tanpa bantuan mesin oksigen (1/2 hari), Nuruddin Al Zinki kembali demam dna batuk-batuk kecil. Terasa nikmat ini diambil semula. Namun Allah swt menyayangi kami. Terus mendapat teguran tatkala membaca ayat ini (diatas) ketika sedang bertadarus, sangat menusuk jiwa kerana merasakan segala nikmat dan musibah yang diberi adalah rahmah dan nikmat kasih sayang daripadaNya. Mudah-mudahan Allah swt terus kekal memberi hidayah dan taufiknya pada kami dan sahabt2 yang membaca artikel ini. Doakan buat adik Nuruddin Al Zinki terus kuat sehingga tahap yang ditentukannya. Kami tettap redha akan ketentuanNya...insyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....