Ujian Badar Qubro buat Nuruddin Al Zinki ....

Assalamualaikum. Salam ramadhan dan selamat beriktikaf...nampaknya rezeki nak beriktikaf bersama-sama di Masjid Wilayah tidak kesampaian. Ujian ramadhan menduga kami. Adakah kami menjadi orang2 yang sentiasa bersyukur atau sebaliknya. 

Sebelum ke hospital (Khamis)

Nuruddin Al Zinki ditakdirkan olehNya untuk kembali ke wad 5A, Hospital Serdang buat kali ke 5 bagi tahun 2011 ini pada pagi hari Jumaat lepas. Batuknya semakin kuat dan nafasnya semakin tercungap-cungap. Tepat jam 12.30 tengah hari, Nuruddin Al Zinki dibawa ke wad. 



Doktor Pakar yang merawatnya datang pada jam 4.00 petang memang berpendapat ianya agak krititikal kerana kadar pernafasannya nampak sangat laju dan meletihkan. Sepatutnya dah boleh dihantar ke wad ICU, namun semuanya dengan keizinan dan perancanganNya. Kebetulan wad ICU penuh dan Doktor memberi arahan Nuruddin perlu distabilkan sebelum menjelang malam (Jumaat, 19/8) dengan memberi 'nab' sejam sekali....

 Di wad kecemasan selepas X-ray (pagi Jumaat)

Nuruddin Al Zinki kerap menangis tidak henti dalam jangka masa yang lama. Pada jangkaan kami mungkin kesan ubat kerana Doktor mengesyaki ada Virus yang menyerangnya. Mudah-mudahan doa kami di bulan Ramadhan ini dimakbulkan sekurang-kurangnya cepat sembuh dan keluar hospital. Ini kali pertama kami berulang-alik ke hospital di bulan Ramadhan. 

Jika zaman Rasulullah saw dahulu, baginda dan para sahabat berperang (Badar) di bulan Ramadhan...mungkin ini satu ujian 'peperangan' kami untuk terus bertahan dan mengharap kesembuhan buat Nuruddin Al Zinki juga kafarah dosa buat kami ......

Petang semalam (Sabtu) masih tercungap-cungap dan bernafas laju

Marilah sama-sama berdoa buat Nuruddin Al Zinki supaya diberikan sesuatu yang 'terbaik' buatnya dan mudah-mudahan kami dan sahabat-sahabat juga mampu dan berkesaempatan menemui malam LailatulQadar.......malam yang tiada bandingannya buat umat Muhammad saw....

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....