Posts

Showing posts from 2012

Hari Graduasi Nur Husna dan persembahan

Image
Alhamdulillah siang tadi Nur Husna telah selamat menerima watikah segulung ijazah tadikanya....dah macam dapat ijazah kat universiti. Juga ada sesi persembahan dari setiap kelas. Termasuk adiknya Nuqman di kelas 4 Honeybee, jadi 'bintang' ...dalam persembahannya. Mudah-mudahan selepas ini Nur Husna akan lebih gigih berusaha dan mendapat ilmu yang dapat digunakan di dunia dan untuk akhirat....insyaAllah di Sekolah Ibnu Khaldun tahun depan...ameen Along melayan kerenah Nuruddin Al-Zinki Nur Husna mendapat hadiah tempat ke-2 dalam kelas 6 Spider Nusaibah juga sabar menanti hingga ke akhir acara

Bila kata berbicara-along

Image
Alhamdulillah pada hari ahad lepas, Nu'aim berjaya memberanikan diri menyertai pertandingan bercerita islamik anjuran NAZIM zon tengah di gombak. Along berjaya mendapat tempat kedua. Mudah-mudahan along dan adik-adiknya lebih berani dan mampu berbicara dengan lebih baik di hadapan khalayak ramai. Berikut adalah gambar-gambar dan sedutan di tempat kejadian. Jg tidak lupa terima kasih diucapkan kepada ajk NAZIM SHAH ALAM yang sempat melatihnya...mllmh munirah.....jazakillah

Nuruddin Al-Zinki dan risiko pembedahan....

Image
Salam Eiduladha....satu pengorbanan...semalam Nuruddin Al-Zinki bertemu dengan doktor di Hospital Serdang bagi melihat perkembangan masalah lubang di pusatnya. Nampaknya lubang@kulit perutnya masih belum tertutup dengan sendirinya. Bermakna jika dibiarkan akan mengakibatkan komplikasi terkeluarnya usus atau tersumbat. Subhanallah...satu lagi ujian buatnya. Berkenaan pembedahan, insyaAllah tiada masalah yang besar buat para doktor, tetapi yang menjadi masalahnya ialah berkaitan paru-parunya yang mungkin boleh berisiko semasa pembedahan kerana memerlukan penggunaan ubat bius... Doktor menyarankan tunggu sehingga umurnya 3 tahun ke atas bagi mengelakkan risiko terhadapnya, Kini sama-samalah kami mengharapkan doa kalian semua supaya lubang itu tertutup kembali atau sekurang-kurangnya mengecil. hanya padaNyalah kami serahkan segalanya. Mudah-mudahan ujian ini memberikan kami ruang bermuhasabah dan mendekatkan diri lagi kepadaNya.....tiada yang mustahil selagi ia dalam lingkungan

Selamat ulang tahun along.....

Image
Segala puji bagi Allah, tuhan pencipta alam yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang....alhamdulillah semalam genap 8 tahun umur along, Nu'aim.....22 Oktober .... moga2 along akan menjadi anak yang soleh dan terus tsabat mengerjakan ibadat sejak kecil ini. Begitu besar kesan tarbiyah dan didikan yang mempengaruhi adik-adiknya yang lain.....

Ramadhan: Pencarian Lailatul Qadr dan penawar

Image
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan oleh Allah swt untuk berada sehingga ke penghujung Ramadhan Kareem tahun ini. Pencarian utama sudah dimulakan. Mencari permata yang terindah dalam Ramadhan yang mulia ini. Mencari Lailatul Qadr...tiada tarikh dan masa yang tepat diberikan...cuma petunjuk dan tanda-tanda sebagai harapan...begitulah istimewanya dalam mencarinya....untuk menguji kesabaran dan keikhlasan kita dalam beribadat di bulan rahmah dan barakah ini... Perumpaan yang sama...sabar lagi ikhlas...ujian buat Nuruddin di bulan Ramadhan ini tetap ada. Selepas mengambil dos kedua imunisasi Pneumococal, nampak kesannya...kesihatan Nuruddin kembali merosot...batuk berterusan selama seminggu (lebih kurang)...dan kemuncak kesannya pada minggu lepas hampir seminggu demam panas tetapi tiada batuk. Kami sedaya upaya memastikan panas badannya sentiasa terkawal. Dengan izinNya, ubat antibiotik di klinik biasa berjaya membunuh kuman yang membawa demam panasnya. Pencarian mas

Ramadhan Terakhir....

Image
Segala puji bagiNya, Tuhan semesta alam Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...Ramadhan kian menghampiri kira-kira 5 hari lagi. Segala detik ujian dan cabaran sepanjang tahun hijrah ini, menguji segala keimanan dan kesabaran diri. Hari ini, usia Nuruddin Al-Zinki menjangkau 2 Tahun 2 Bulan 8 hari .... pelbagai ujian ke atasnya kami terima dengan redha dan tabah, insyaAllah. Mungkin ada yang berkata, blog ini diwujudkan khas buatnya, namun sebenarnya, blog ini tempat untuk saya mencurahkan hasil tulisan dan cerpen yang ingin saya nukilkan kerana sejak sekolah minat itu ada, namun tidak sangka, perancangan Allah swt lebih hebat untuk menguji hambaNya.    Walaupun sibuk dengan kerja-kerja badan dakwah dengan NGO ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia - www.ismaweb.net) atau lebih tepat lagi dalam Biro KRIM (Kelab Remaja ISMA)...bergelumang dengan aktiviti remaja...sejak 2004.....rasanya masih banyak lagi aktiviti dan info khusus buat remaja di sekolah menengah belum dicapai. U

Nuruddin Al-Zinki

Image
Alhamdulillah Nuruddin Al-Zinki madih dapat bertahan dan kuat dalam menangani dan melawan bakteria-bakteria dan virus yang mungkin ada disekitarnya....sudah hampir 2 bulan dia tidak mengalami batuk-batuk atau selsema yang serius...insyaAllah kami akan terus berusaha mencari penawarnya disamping kaedah lain yang boleh dilakukan. Doakan untuknya agar terus kuat, sihat, bertenaga dan mampu bertahan....

Ulangtahun ke 2...Nuruddin Al-Zinki

Image
Hari ini 7 Mei 2012...genap 2 tahun selepas kelahiran mujahid dan daie muda kami yang paling istimewa...Nuruddin Al-Zinki....di saat kasih sayangNya dan rahmatNya datang melalui ujian ini, hingga ke hari ini baharulah kami rasakan KEMANISAN IMAN apabila diduga dan diuji sebegini.... Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan Maha Bijaksana dalam mengaturkan segalanya. Sebagai manusia yang sangat kerdil dan hina ini, hanya beriman dan beribadat padaNya mengangkat darjat kita. Kesabaran, keihklasan dan pengorbanan hanya sebahagian kecil daripada usaha kita melunaskan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Selama 2 tahun ini, Hospital Serdang menjadi rumah kedua kami, walaupun jarak dari Shah Alam ke Serdang ini memang agak jauh.....namun kasih sayang buat daie muda ini tidak menjadi penghalang ditambah dengan tanggungjawab buat 4 orang anak yang lain....selagimana kita BERGANTUNG dan BERHARAP hanya padaNya...insyaAllah

Misi 1: perjalanan masih jauh

Image
Assalamualaikum dan salam kasih sayang ukhuwah dari kami sekeluarga...alhamdulillah..misi 1 utk anak kami Nuruddin Al-Zinki selesai walaupun pelbagai rintangan dan halangan sepanjang perjalanan musafir ini. Mudah2an selepas ini ada siar harapan yg lebih baik buatnya. Kami percaya setiap yg ditakdirkan buat kami pastinya ada hikmah yg tersembunyi disebaliknya.  . Hidup ini hanyalah tempat menanam dan membajai bekalan2 utk dituai disana nanti. Mendidik anak dan mengasuhnya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah bukanlah semudah yang disangka. Kita perlu asuh sejak kecil dalam semua aspek kehidupan....dan jangan kita sogokkan dengan keperluan duniawi sahaja,bahkan akhirat juga...ajar berwudhuk, solat, baca Al-Quran, perbaiki dan tegur tutur kata dan perbuatannya....lihat dengan siapa dia berkawan, dimana kita hendak sekolahkannya dan pelbagai lagi....memang patutlah kita sebagai ibu bapa harus dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku pada keperibadian mereka kelak....

Cuci hatimu segera...

Image
    AYUH BERAMAI-RAMAI KE BRIGED KE-4 KRIM SHAH ALAM... OPS CUCI.... SABTU INI...7 APRIL 2012...8.30 PAGI..SURAU ISLAH... BERPAKAIAN SUKAN... TERBUKA REMAJA SEKOLAH MENENGAH LELAKI PEREMPUAN MUSLIM.. PERCUMA!! HUBUNGI: Abang Khairil : 017-9569048 Abang Husni : 012-3811653 kak Norhafizah : 019-5503779 layari www.krimsak.blogspot.com https://www.facebook.com/ krimshahalam

Mehnah@Ujian seorang daie.....

Image
Ujian satu kerehatan buat diri dan keluarganya?? benar ke?? bukan ke ujian dan kesusahan itu satu penyiksaan dan menyakitkan?? Cuba kt lihat berapa ramai lagi anak2 kecil yg sakit lebih kritikal penyakitnya. Senagai contoh, di wad ni ada seorang ibu yg tabah menjaga anaknya sakit ditambah dengan keadaan anaknya yg OKU....dan dirinya sendiri sedang mengandung dan kandungan bermasalah pula....bandingkan dengan kita.....ww Sebenarnya itulah tanda kasih sayangnya Allah terhadap kita....diujinya kita kerana sayangnya pada kita....supaya kita menilai semula sejauhmana kita sayang padaNya dan sebanyak mana dosa kita yang lalu...dan sebesar mana pergantungan kita padaNya... Buat sahabat2 yg tidak diuji sebegini....muhasabah diri mu jua kerana mungkin Allah akan mengujimu dengan ujian2 yg lain....semoga kita semua dlm perlindungan dan rahmatNya sentiasa..... dan semoga kita tsabat dlm jln yg diajar dan ditinggalkan oleh Nabi saw....dan sebaiknya kita yg menjadi penyambung penyebar

Nuruddin Al-Zinki kini...

Image
Maha Suci Allah...Tuhan sekalian alam...Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....segala perancanganNya pasti ada hikmahnya....kini Nuruddin Al-Zinki terus diuji....kesihatannya masih terganggu...batuk on-off....disaat kerja dakwah mula mengembang dan mekar...kami diuji untuk terus sabar dan thiqah terhadapNya....setiap perancanganNya pasti ada sesuatu disebaliknya. Kami mohon sahabat2 juga terus mendoakan kebaikan dan kesembuhan buat anak kami, Nuruddin Al-Zinki....ingat lagi pesanan naqib dulu...jadikan anak2 ikhwah akhawat, seolah2 anak kita juga....maknanya sentiasa mengambil tahu dan menyayangi mereka.... Mudah-mudahan ini bukanlah satu ujian utk menyaring sejauhmana kekuatan kami dalam kerja dakwah risalah Nabi Muhammad saw ini.....

Pengorbanan seorang isteri dan ummi

Image
Subhanallah dan alhamdulillah...kututurkan ucapan buatMu Ya Rabb sekalian alam...sambil menemani dan membuai anak bongsuku, Nusaibah di atas katil ini...terbit rasa syukur yg amat sangat kerana dikurniakan seorang isteri dan ummi yg banyak berkorban utk kami sekeluarga. Tahun 2010, pada saat sepatutnya dia berehat dan berpantang di rumah selepas kelahiran Nuruddin Al-Zinki, isteriku menghabiskan 44 harinya di hospital ulang alik setiap hari. Kini sekali lagi pada hari ke 44 selepas Nusaibah lahir pula,isteriku menjaga Nuruddin Al-Zinki di wad hospital. Tanpa keluh kesah menerima ujiam dan redha atas ketetuan ini...tiada pengorbanan sehebat ini buat saya...kerana terlalu banyak lg pengorbanannya yg tidak mampu dinukilkan di atas lembaran.... Terima kasih wahai isteriku..........jg buat sahabat2 yg membaca coretan ini....hargailah pasangan anda dan terimalah seadanya kerana kita telah mengikat janji bersamanya dihadapan dan bersaksikan Allah...ketika diucapkan ....aku terima nikah

Usrah keluarga - Mari Mengecat Rumahku...

Image
Alhamdulillah, kesempatan hari Sabtu bersama isteri dan anak-anak cuba saya manfaatkan. Waluapun jadual penuh dengan mesyuarat dan aktiviti NGO serta menyiapkan kerja-kerja tampal-menampal dan sistem fail sekolah, namun manfaatkan masa bersama keluarga juga perlu ada.  Barulah dikatakan dakwah merangkumi semua aspek. Anak-anak juga perlu ditarbiyah. Dengan keadaan isteri masih berpantang, aktiviti yang telah saya janjikan bersama anak-anak harus ditunaikan. Aktiviti "Mari mengecat rumah!!" Lihatlah gambar-gambar dibawah menunjukkan keriangan dan keseronokan anak-anak untuk membantu mengecat walaupun sekejap sahaja mereka membantu....dengan alasan penat...huhu... Namun yang penting mereka mendapat pengalaman dan pembelajaran sewajarnya....usaha tangga kejayaan....InsyaAllah lepas ni nak menghias pula dinding tu.... Nuruddin Al-Zinki juga turut sama membantu......Allah Maha Besar...segala puji bagiNya...nikmat dan rahmatNya merangkumi semua perkara...sama ada kita se

Nuruddin Al-Zinki diusia 1 tahun 8 bulan

Image
Alhamdulillah...sehingga ke saat ini Dia masih memberikan kami kesempatan untuk terus membesarkan, mendidik dan mengasuh Nuruddin Al-Zinki seperti anak2 kami yg lain.kerana jika disoroti semula kisah kelahirannya sehingga kini....itulah nikmat yg paling besar buat kami..... Namun kami tetap mengharapkan doa dan sokongan buatnya serta agar kami terus sabar dan redha dengan ujian ini.... Jg kehadiran Nusaibah menjadi penyeri tambahan buat kami. Masih jauh lg perjalanan dan ujian yg bakal kami tempuhi dalam membesarkan Nuruddin....cuma kami mgharapkan agar keluarga,rakan2,sahabat handai,rakan dakwah, rakan sekerja dan jiran2...memahami kekurangan dan situasi ini...

Kelahiran srikandi kami ....Nusaibah ...2012

Image
Alhamdulillah segal puji dan puja buat Allah swt kerana dengan izin da kehendakNya, maka tercatatlah sejarah pada jam 10.41 malam tanggal 11 Januari 2012 bersamaan 17 Safar 1433H.....lahirlah seorang srikandi buat kami.......yang kami namakan Nusaibah .... anak kami yang ke-5 dan srikandi ke-2 dalam keluarga kami. Nama Nusaibah ini kami pilih bersamaan dengan nama sahabiah Rasulullah saw...semoga srikandi kami ini mampu menjadi seperti sahabiah ini...insyaAllah....amin Nusaibah binti Ka'ab: Srikandi Penolong Rasulullah DI SEKELILING Rasulullah SAW terdapat terdapat para lelaki dan wanita (baca: para shahabat dan shahabiyah ) dengan keimanan dan konsistensi tiada bandingannya. Mereka adalah orang-orang yang berani, dermawan, santun, dan mengasihi orang lain. Tak terhitung lagi banyaknya literatur sejarah yang acapkali memuji kontribusi para sahabat Rasulullah SAW, namun penting juga rasanya memeras tenaga untuk menelisik informasi yang ada tentang kontrib

aksi Nuqman bersarapan sebelum ke tadika..hari ke 2

Image

Yakinlah kepadaNya

Image
Hari ini hari ketiga dalam tahun masihi 2012. Masih panjang dan jauh lagi perjalanan dalam membesarkan anak2 yang seramai 4 orang ini. Saat ini tugasan di sekolah semakin bertambah. Semakin memberat dan menimbun fail-fail yang perlu diselia. Rasanya semua jawatan penting di sekolah tu dah disandang. Baik Ketua Panitia KH dan Sains, s/u Kokurikulum dan guru kelas.....insyaAllah saya perlu lebih berlapang dada dan redha dengan tugasan dan kepercayaan ini.  Namun tidak sesekali mengalah dan menoleh ke belakang. Hidup ini bukan hanya untuk mencari rezeki untuk keluarga. Hidup ini juga perlu dan wajib menjalankan amanah yang lebih WAJIB.....iaitu meneruskan kerja Nabi Muhammad saw....menyampaikan dakwah dan risalah Islam buat semua umatnya di muka bumi ini...semampu mungkin.....dan kami tidak pernah sedikit pun merasai bahawa bebannya bersama gerakan dakwah walaupun kami harus berkorban tenaga, idea, masa dan harta....kerana di sinilah bermulanya ukhuwahfillah yang tidak dapat diperole