Cerpen 1 : Mencari Cinta Hakiki (Bah. 1)

Kringgg….arghh…. bingit telinga aku mendengarnya. Bisinglah jam ni. Lantasku hentak jam loceng itu dan ku campaknya jauh di sudut katil. Ku tutup deria pendengaranku dengan bantal busuk yang empuk. Ahh…aman rasanya. Namun lenaku diganggu lagi.

“Rie.. bangun rie… dah pukul 6 dah ni, karang lambat pergi sekolah pula, cepat bangun nanti solat subuh sekali….”, bebel emakku yang hampir setiap pagi diucapkan dari bibirnya tanpa rasa jemu.

“Alah mak ni, orang ngantuklah, kejap lagilah Arie bangun la….,” jawabku separuh mamai. Mak meninggalkanku keseorangan. Kemudian aku terjaga dengan tiba-tiba.

“Hah…dah pukul 7. Mak apa tak kejut Arie tadi…ni dah lambat ni nak pergi sekolah…alah lecehlah mak ni…”, jerit dan rugutku pada mak. Mak hanya diam tertunduk membisu seribu kata. Apabila aku keluar dari bilik air, ku lihat pakaian seragam sekolahku dah siap terbentang atas katilku. Selesai berpakaian aku terus bergegas keluar rumah sambil menjerit-jerit pada emakku meminta duit belanja sekolah. Mak hanya memberi daku seringgit sahaja.

Sekali lagi aku merungut, “Mak, takkan seringgit aje, mana cukup…nak makan apa dengan seringgit ni. Nak beli nasi lemak pun tak lepas??”.

“Rie, itu aje yang mampu mak bagi kat kau. Kau bukan tak tahu yang adik-adik kau yang lain pun nak duit belanja juga. Ayah kau dahlah menghilang entah ke mana…,” mak menjawab dengan nada yang sedih, berkaca bola matanya.


“Arghh…”, dengan rasa marah dan bengang aku terus memulakan perjalanan ke sekolah yang jauhnya cuma 2 kilometer sambil jam di tanganku dah menunjukkan pukul 7.25 pagi. Sampai sahaja di pagar sekolah, aku lihat dua orang pengawas sedang menunggu mangsanya.

“Arghhh.. tak boleh jadi ni…aku kena fikirkan alternatif lain nak masuk ke sekolah ni”, bisik hatiku sendirian. Emm… baru aku teringat untuk gunakan jalan belakang. Di sebalik semak-samun yang merimbun itu, Arie dengan bersusah payah memanjat pagar yang sudah rapuh di makan karat untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.

“Huh…penatnya…alamak kotor pula baju aku”,bebel Arie sendirian. Kalau pekena asap barang sebatang dua ni mesti best punya”. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi, namun Arie masih leka dengan angan-angannya di sebalik bangunan sekolah berdekatan dengan setor sukan lama. Kemudian barulah Arie masuk ke kelas seperti rakan-rakannya yang lain.

..bersambung..

Comments

  1. Salam, cerpen ni tulisan Cikgu ke ?

    ReplyDelete
  2. Wsalam, ya. Cerpen ini saya yang tulis. Tp dah lama dah terperap...ditulis pada tahun 2002...panjang gak cerpen ni, sbab tu kena wat beberapa bahagian

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL

Al-Hilmi