Hari ke-31 ....semakin erat dalam dakapan....

            Emm....bestnya diangkat macam ni....
 
           Hari ni masuk hari kedua ummi (isteri saya)....dok kat hospital....kami anak-beranak yang berempat ni tinggallah kat teratak kecil kami di Shah Alam...aktiviti harian selepas ini semakin memenatkan ....sian anak2....pagi2 kemas rumah...pastu dalam kul 11.00 pagi pi PJ pula....mereka dok ngan atuk dan ibu wan mereka..sementara saya pi ke hospital.....menghantar keperluan dan melawat Nuruddin.....petangnya balik semula ke PJ.....lepas Maghrib...kami anak-beranak ke hospital semula (di Serdang).....bagi melepaskan rindu anak2 dengan umminya...terutama Nuqman yang masih menyusu badan....tapi kami tetap tabah menghadapi ujian ini...untuk menguji kesabaran dan keyakinan kami padanya....mudah2an kami semua sentiasa dalam lindunganNya....
 
Mengenai Nuruddin Al-Zinki .... semakin seronok dia dalam pelukan umminya ......... suka dibedung badannya ............. dipeluk dan diriba ................. namun yang kesiannya ........... dia tidak boleh menyusu badan jika keadaan pernafasannya laju (bila lihat pada monitor kadar nadinya).....jadi susunya terpaksa di top up dengan susu yang diperah dan formula ..... doktor pun belum mampu menganggarkan bila boleh keluar hospital ...........mungkin 2 minggu...atau sebulan...atau 2 bulan atau...................
  Senyum dalam tangisan.....kasih sayang

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL