Hari ke 48 .... seminggu merasa dunia sebenar

 
                 Alhamdulillah, hari ini usianya dah 48 hari dan sudah seminggu keluar daripada hospital. Nuruddin Al-Zinki terus berusaha menyesuaikan diri dengan suasana di rumah....tidak boleh terlalu sejuk, panas pun tak boleh, udara pun kena pastikan bersih daripada habuk dan debu supaya tidak mudah dijangkiti kuman. Alhamdulillah juga abang2 dan kakaknya setakat ini sihat dan tidak mengalami demam, selselma dan batuk yang menjadi faktor utama jangkitan kuman berlaku terhadapnya....





               Manakala umminya terpaksa ambil cuti separuh @ tanpa gaji untuk menjaganya ... jadi surirumah sepenuh masa ler....jadi kawan2 umminya di SK Jalan Kebun mungkin hanya dapat bertemu semula hujung tahun atau tahun depan je... Apapun kami terus berdoa semoga kesihatan Nuruddin terus positif memandangkan dia terpaksa mengambil lebih kurang 10 jenis ubat 4 kali sehari.....

Comments

  1. 10 jenis ubat! 4 kali sehari! YA ALLAH, PERMUDAHKAN NURRUDDIN SERTA KELUARGA MENGHADAPI UJIAN INI...AMEEN

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....