Siri Tarbiyah 1 - Mengenali sihir !!
InsyaAllah, mulai hari ini saya akan terus menulis dan menukilkan pendapat2 dan tazkirah2 ringkas dalam slot khas bertajuk Siri Tarbiyah......khas untuk peringatan diri, keluarga dan rakan2 yang melayari laman sesawang ini. Mudah-mudahan Allah swt memudahkan dan memberikan sedikit ruang masa dan peluang untuk saya menulis dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang membcanya.
Kenapa tajuk Siri Tarbiyah yang pertama ini, Mengenali Sihir !! ? Bukankah banyak lagi tajuk2 mengenai masalah sosial remaja dan belia, masalah ibadah, kewangan dan keluarga boleh ditulis? Ya, tetapi signifikannya saya mengambil tajuk ini adalah kerana ingin berkongsi dengan rakan2 semua selepas saya membaca artikel dalam sebuah majalah Islamik yang berada di pasaran. Ataukah saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri mengenai sihir?
Apa kata para ilmuwan dan tabiin mengenai sihir ini.....
(Dipetik daripada pembentangan kertas kerja bertajuk, "Sihir:Kesannya kepada akidah dan bagaimana mengatasinya", oleh Dr haron Din, pengamal perubatan Islam.)
Ibnu Khaldun :
"Ilmu sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas mangsa dengan menggunakan anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya, bagi satu tujuan jahat dan tersembunyi"
Muhammad Isa Al-Maghribi:
"Mengenakan kemudharatan ke atas mangsa menerusi amalan tertentu secara berasosiasi dengan kekuatan jahat makhluk halus"
Dr Abdullah Mohd At-Toyyar:
"Azimat-azimat dan jampi mantera sihir yag dilakukan oleh pengamalnyayang memberi kesan negatif pada hati (emosi) seseorang atau menyakitinya atau membunuhnya"
Ibnu Qudaamah Al-Maqdisi:
"Sihir itu adalah jampi mantera, simpulan-simpulan benang sihir atau amalan-amalan tertentu dilakukan secara sihir untuk memudaratkan emosi mangsa (qalbuhu) atau akalnya (aqluhu) atau apa sahaja kemudaratan (sakit ganjil) sehingga kadang-kadang boleh membunuhnya"
Secara umumnya, sihir ini dilakukan oleh seseorang yang berniat jahat dan hasad dengki terhadap kelebihan seseorang lain dan tanpa berfikir secara rasional akan kesan jangka panjang terhadap mangsanya. Lebih sadis lagi bilamana penyihir itu tidak takut atau sedar lagi betapa BESARNYA DOSA mereka kerana MENSYIRIKKAN ALLAH SWT..... apakah mereka tidak sedar akan SEKSA dan AZAB yang bakal diterima kelak di AKHIRAT?? Sesungguhnya mereka ini sedang TERTIPU oleh tipu daya SYAITAN.
Memang pada dasarnya, penyihir rasa PUAS dan GEMBIRA kerana hajatnya untuk menyakiti mangsanya tercapai. Tetapi sedarkah mereka bahawa mereka sedang berurusan dengan selain PenciptaNya iaitu Iblis, Syaitan dan Jin? Sedangkan kita mengetahui bahawa Iblis memang berperanan untuk menyesatkan diri manusia supaya tidak menyembah Allah dan sama-sama ke api neraka. Tidak kira siapa pun kita, hatta seorang yang alim, ustaz, pemimpin, pembesar, guru, jurutera, petani, peniaga dan penganggur sekalipun tidak terlepas dari godaan syaitan untuk menyihir orang lain....jadi nasihat saya berhati-hati dengan sesiapa pun kerana kita tidak ada keupayaan untuk membaca apa isi hatinya dan apa hasrat dan hajatnya kepada kita. Kerana pengalaman mengajar kita untuk terus hidup dalam REDHANYA sahaja.....
""Andai kita berbuat sesuatu kerana takutkan kemarahan manusia, kepada manusialah kita dikembalikan, tetapi jika kita melakukan sesuatu kerana takutkan Allah, maka kepada Allahlah tempat kita dikembalikan."
Comments
Post a Comment
Sila komen....