Kenyataan Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan (PART 2)
Kenyataan ke-2 Ikhwan Muslimin berhubung serangan Zionis ke atas Konvoi Kebebasan
( BAHAN DIAMBIL DARIPADA BLOG ISMAWEB.NET)
Ikhwan Muslimin meminta setiap rakyat Arab agar berterusan dalam menunjukkan kemarahan dan kecaman mereka terhadap serangan Zionis yang kejam ini ke atas rombongan kebebasan, dan juga mengecam kebisuan dunia terhadap kekejaman yang dahsyat ini sehingga hancurnya pengepungan zalim terhadap rakyat Gaza, serta mengecam segala tindakan dan percubaan untuk menghancurkan rakyat Palestin.
Kami meminta Liga Arab agar menarik balik persetujuan mereka sebelum ini dalam menjalankan hubungan dua hala bersama musuh Zionis sepertimana kami juga meminta agar mereka menghentikan segala inisiatif negara Arab yang tidak akan diterima dan dihormati oleh musuh Zionis.
Mesir pada hari ini diminta untuk menyatakan mereka tidak bersalah daripada jenayah pengepungan zalim ini, iaitu dengan membuka secara sepenuhnya dan berterusan serta dengan kadar yang segera terhadap sempadan Rafah bagi laluan manusia, atau barang-barang bekalan, serta membenarkan laluan semua rombongan bantuan kemanusiaan untuk memakmurkan Jalur Gaza dengan segala usaha-usaha kemasyarakatan.
Ikhwan Muslimin mengucapkan takziah kepada semua keluarga para syuhada’ yang tidak bersalah, dari setiap bangsa dan agama, dan memohon agar Allah memberikan kesembuhan yang segera kepada semua mangsa-mangsa yang tercedera. Ikhwan meminta setiap masyarakat dunia untuk mencampur tangan dalam meminta pembebasan segala yang tertangkap daripada wakil-wakil setiap negara dunia, dan Arab, dan Mesir di dalam tangan musuh Zionis, dengan kadar yang segera, tanpa sebarang keterlambatan, dan menyatakan dengan lengkap semua nama-nama yang terkorban dan para syuhada’ untuk menenangkan ahli keluarga mereka serta orang terdekat. Kami juga menyeru agar semua penjenayah perang diheret ke muka pengadilan di mahkamah jenayah antarabangsa, di atas jenayah yang kejam ini.
Ikhwan juga meminta agar seluruh masyarakat dunia untuk memaksa musuh Zionis untuk membenarkan konvoi ini berlalu dengan aman agar dapat sampai ke Jalur Gaza dan membebaskan mereka daripada “lanun-lanun” Zionis.
Kaherah,
Kaherah,
17 Jamadil Awal 1431H bersamaan 31 Mei 2010,
12.30 tengahari
Comments
Post a Comment
Sila komen....