Posts

Showing posts from October, 2010

Kembali ke rumah bersama 'teman baru'

Image
  Nuruddin Al Zinki bersama mesin dan tangki Oksigen Alhamdulillah semalam, 29 Oktober 2010 tepat jam 7.34 malam, Nuruddin Al Zinki selamat sampai di rumah kami di Shah Alam. Berkat doa ikhwah akhawat, sahabat handai dan kawan-kawan yang berada di seluruh negara mahu pun yang sama-sama mendoakannya di rumah Allah, Mekah.....akhirnya Al Zinki berjaya memperoleh mesin dan tangki oksigen yang dibekalkan oleh pihak hospital. Walaupun sebenarnya alat2 ini sangat terhad bilangannya dan terpaksa beratur dalam senarai menunggu.....namun rezekinya telah tertulis. Lihat gambar di atas untuk gambaran alat pernafasan yang disewa dan bernilai kira2 RM5k juga.......nak beli memang tak mampu...alhamdulillah dapat juga sewa alat ini...dan kami perlu pantau penapis mesin ini bagi mengelakkan habuk yang terlalu banyak dan mengurangkan keupayaan mesin memampatkan gas oksigen.....maintanance mesin ni juga agak mahal juga...tapi apalah nilai duit buat masa ini......nyawa dan kesihatan Al Zinki lebih utama

Dah lebih setengah bulan berlalu......16 hari....di wad

Image
Tidak dapat nak diluahkan dengan kata2...sungguh berat ujian ini....mungkin Dia nak bersihkan kami atas dosa2 yg pernah dilakukan dengan ujian seberat ini....pepatah lama berbunyi..."Alah bisa,tegal biasa" .....biasanya semakin lama semakin terbiasa dengan sesuatu keadaan itu...namun bagi kami....dimana lagi kami ingin mencari sisa-sisa kekuatan dalam menghadapi ujian ini....tidak nampak manakah jalan penghujungnya....Al Zinki tetap begitu...hari ini baik dan gembira....pagi esok kembali bernafas laju hingga Dr Pakar pun terpaksa beri suntikan....petangnya pula pulih dan aktif semula.... Ya Allah....berilah kami kekuatan... kesabaran... keampunan...andai semua ini berpunca dari kesilapan kami...sesungguhnya hambaMu ini tidak mampu menghadapi semua ini tanpa bantuan dan rahmatMu....   Gambar di pagi lebaran...  Gambar terkini... Kepada para pembaca sekalian...andainya pernah ada dosa dan kesilapan yang pernah kami sekeluarga lakukan pada sesiapa pun...andai ada terkasar bahasa

Selamat Ulang Tahun Along.....ucap Al Zinki

Image
Hari ini (semalam) 13 hari Nuruddin Al Zinki berada di wad. Sehingga hari ini, Al Zinki masih menunggu tong gas khas dari pihak hospital untuk dibawa pulang ke rumah. Namun dengan alasan bilangan tong gas khas ini yang terhad, terpaksalah Al Zinki menunggu lagi. Mungkin untuk seminggu, atau dua minggu atau tiga minggu atau sebulan lagi!!...semuanya tidak mampu dijawab...tetapi jika kami hendak/perlu membeli tog gas khas ini, harganya dalam lingkungan RM 5000....nampak gayanya....lambat lagilah keluar.... Selamat Ulang Tahun ke 6 ....Along... Juga kepada Along (Nu'aim), Al Zinki nak ucapkan selamat ulang tahun ke-6....hasrat nak sambut kat rumah tak kesampaian tapi insyaAllah sok kita celebrate sama2 ye along kat hospital......sebenarnya banyak nak ditulis, tapi kepala dah berat, letih dan banyak faktor lagi....mudah2an Allah beri kekuatan yang berterusan untuk menghadapi ujian yang berat ini....
Image
Aduh...tolong abi ummi...penat saya meniarap ni... Alhamdulillah kelmarin (18 Okt 2010) keadaan Al Zinki semakin baik kerana hanya perlu ambil nab 3 jam sekali dan paras oksigen pada kadar 1.....berbanding sebelumnya perlu ambil nab sejam sekali......cuma masih lagi bernafas laju.....Doktor Pakar masih lagi tidak dapat memberikan penjelasan sebenarnya bakteria apa yang menyerang Al Zinki, namun ujarnya memang bakteria yang kuat. Cuma setakat ini keadaan paru-parunya bersih dan semakin baik. Namun begitu peluang Al Zinki untuk pulang ke rumah ada tetapi kemungkinan besar jika kadar pernafasannya masih laju, maka kami terpaksa membawa Al Zinki bersama tong gas oksigen ke rumah. Ini akan menyukarkan pergerakannya kerana perlu bergantung kepada bantuan oksigen setiap masa. Doktor juga telah memindahkan Al Zinki ke bilik yang berasingan supaya mengelak daripada apa2 jangkitan baharu. Berita pagi ini (20 oktober 2010) Al Zinki kembali bernafas laju.....doktor pun pelik sebab semalam ok,

Siri Tarbiyah 1 -Golongan yang gugur....

Image

Hari ke-8

Image
Bestnya katil baby ni... Emm..sedapnya makan tangan ni...

Genap seminggu di hospital

Image
Hari ini (semalam) genap seminggu Al Zinki di wad paedatrik, Hospital Serdang......ada juga beberapa orang kenalan dan  sahabat2 abi dan ummi yang datang melawat dan bertanya khabar.... tidak kurang juga ada yang menelefon, sms, email dan juga melalui facebook....tapi hari ini Al Zinki mungkin lebih gembira bila dapat bertemu abang2 dan kakaknya yang hadir melawat tadi sebab hospital ni hanya memberikan kebenaran untuk kanak2 melawat pada Sabtu dan Ahad sahaja....juga Al Zinki mendapat berita kehadiran sepupunya yang baru lahir semalam...Muhammad El Qayyum ....tahniah Pak Long Iwan dan Mak Long Faqira (kata Al Zinki).  Kami seronok dapat main kat wad ni..siap ada taman lagi...hehehe Namun rasanya pasti abi dan ummi lebih rasa tenang dan bersabar andainya ramai lagi sahabat2 seperjuangan datang memberikan kata2 semangat dan dorongan.....yelah biasanya orang akan berkata.... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul .....mungkin tak kena pada diri sendiri, tak terasa betapa teru

hari-hariku di wad....

Image
Hari-hari semakin berlalu.....kudoakan ummiku tabah menjaga diriku.....dan abiku sabar dengan kerenah hidupku.... UjiNya terhadapku....samalah mengujimu wahai abi ummiku... CintaNya padaku melebihi cintamu padaku.... Jika tiada cintaNya lagi....pastiku tiada lagi disisimu... Sabarlah abi ummiku.....saatku akan tiba.... Sama ada kita riang bersama....atau ku pergi kepadaNya... Doakan yang terbaik untukku kerana aku belum bisa berkata-kata...A Terima kasih abang dan kakakku.....kalian kongsikan kasih abi ummi kepadaku....malah lebih lagi di saat ini....walau dirimu jua memerlukan mereka..... Kita sama-sama pohon untuk abi dan ummi kita....cinta bahagia di alam yang kekal sana..... Nukilan ikhlas dari anakmu, NURUDDIN AL ZINKI.....

Perkembangan terkini......

Image
  Di wad paedatrik semula Alhamdulillah....semalam Nuruddin Al Zinki dah ditukarkan semula ke wad paedatrik (kanak2) ..... dalam jam12 tengahari....cuma doktor pakar masih belum dapat mengesan penyebab dan ubat yang terbaik untuknya. Pun begitu keadaan pernafasannya semakin laju menjelang malam atau lebih tepat lagi Maghrib....bermakna 'nab' terpaksa diberi secara kerap sampai ke pagi.  Jazakallah juga kami ucapkan kepada individu2 yang meluangkan masa dan ruang untuk datang ziarah Nuruddin di  wad...sama ada di  ICU atau wad kanak-kanak....kehadiran dan doa kalian memberikan kami kekuatan untuk terus tabah menghadapi ujian ini.....antara yang menziarahi kami seperti Ust Wan hisyam suami isteri, Dr Amirudin, Ust Sulaiman, Zafri suami isteri, Azmi suami isteri dan juga pada sesiapa yang jua ikhwah akhawat dan sahabat2 yang berhajat nak ziarah tetapi tidak kesampaian...tak lupa juga Ust Muhd (jiran dan ikhwah paling hampir kat rumah) ......berjuta terima kasih di atas kepriha

Nur Husna dan Nuqman pula dijangkiti bakteria...

Image
Jam 11.30 malam baru sampai rumah..letihnya...hanya Dia yang tahu...baru sekejap tadi bawa Nur Husna dan Nuqman pula ke Poliklinik Az-Zahrah....pasal demam dan batuk tak habis2 lagi...doktor terus amik darah check...menjerit2 menangis menahan sakit dicucuk di lengan dan pergelangan tangan....alhamdulillah 2 kali cucuk je dah dapat darah...dibuatnya tak jumpa2 juga urat tu.....kan susah...apa pun hasil ujian comfirm ada bakteria sebab bacaan sel darah putih melebihi dari yang sepatutnya.....so doktor beri antibiotik yang lain pula. Sedang pula Nuruddin Al Zinki masih di wad ICU di tingkat 4 (bukan NICU), terpaksa 'berpuasa' sampai ke petang....antibiotik yang baru dimasukkan...di sini seorang pesakit seorang nurse, namun begitu umminya 'stay' kat sana walaupun tidak disediakan tempat berehat.....sementara anak2 lain di rumah. Jazakallah pada sahabat2 yang memberi kata2 semangat sama ada melalui email, fbook dan sms.....doa kalian mudah2an memudahkan rahmatNya kepad

Makin tidak stabil.....di wad ICU....

Jam 11 pg tadi, Nuruddin Al Zinki di masukkan ke wad ICU, Hospital Serdang selepas keadaannnya makin tidak stabil akibat demam dan batuk yang berlarutan. Ubat antibiotik yg diberikan oleh doktor tidak memberikan kesan yang positif. Diharap sahabat2 mendoakan yg terbaik untuk Al Zinki...dan mudah2an doa kalian juga dapat memberikan satu kekuatan buat kami.....

Ujian melanda lagi.....

Image
Baru sahaja Nuruddin Al-Zinki keluar hospital...tup tup semalam masuk semula. Allah betul2 nak uji kesabaran dan ketabahan kami. Ditambah dengan kak ngah (Nur Husna) demam dan batuk baru nak reda, Nuqman pula sambung demam dan batuk...ni pun mereka masih batuk-batuk...klinik dah pi sampai 2 buah...... Apabila ada yang demam dan batuk dalam rumah, maka Al-Zinki pun secara automatiknya akan dijangkiti. Tapi kali ini agar teruk juga batuknya sampai kami abi dan umminya semalaman berjaga (Jumaat malam). Esoknya (Sabtu) bawa ke klinik pun doktor just bagi 'nab' @ oksigen untuk melonggarkan ruang pernafasan. Jam 2 petang sekali dan malam jam 9 sekali (terpaksalah cancel nak bantu SIRAM-Sirah Muzikal, asif jiddan pada tuan pengarah). Malamnya alhamdulillah ok tapi sok paginya mula semput. Apa lagi siap2 bawa ke bahagian kecemaasan Hospital Serdang....kena tahan, masuk 'air', ambil X-ray dada lagi....then bagi nab sampai 4 kali...jam 12 tghari baru naik wad...Al-Zinki dah lem

Nuruddin Al-Zinki dah balik rumah....

Image
Alhamdulillah...selepas 3 hari (27 hingga 29 sept 2010) Al-Zinki dah dibenarkan keluar hospital tetapi akan review lagi ke hospital minggu depan. Cuma dia cirit-birit sikit. Namun dari segi agresifnya seperti biasa...dah meniarap pun.  Hari ke-2 di wad...dalam kereta sorong... Hari ini (1 Oktober 2010), alhamdulillah Al-Zinki dah tak cirit birit tapi lepas Jumaat nanti nak pi ambil bekalan ubat lagi...ubat expired setiap 2 minggu.......