Kembali ke rumah bersama 'teman baru'

 
Nuruddin Al Zinki bersama mesin dan tangki Oksigen

Alhamdulillah semalam, 29 Oktober 2010 tepat jam 7.34 malam, Nuruddin Al Zinki selamat sampai di rumah kami di Shah Alam. Berkat doa ikhwah akhawat, sahabat handai dan kawan-kawan yang berada di seluruh negara mahu pun yang sama-sama mendoakannya di rumah Allah, Mekah.....akhirnya Al Zinki berjaya memperoleh mesin dan tangki oksigen yang dibekalkan oleh pihak hospital. Walaupun sebenarnya alat2 ini sangat terhad bilangannya dan terpaksa beratur dalam senarai menunggu.....namun rezekinya telah tertulis. Lihat gambar di atas untuk gambaran alat pernafasan yang disewa dan bernilai kira2 RM5k juga.......nak beli memang tak mampu...alhamdulillah dapat juga sewa alat ini...dan kami perlu pantau penapis mesin ini bagi mengelakkan habuk yang terlalu banyak dan mengurangkan keupayaan mesin memampatkan gas oksigen.....maintanance mesin ni juga agak mahal juga...tapi apalah nilai duit buat masa ini......nyawa dan kesihatan Al Zinki lebih utama buat waktu ini..

Oleh itu kini Al Zinki akan dikuarantin semula di rumah dan perlu mengelakkan diri daripada sebarang penyakit atau jangkitan mana2 virus dan bakteria buat waktu ini. Soal kepada sesiapa nak ziarah kami di rumah, harap memahami 'peraturan2' yang terpaksa kami tetapkan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. 

Perkara2 yang dilarang ketika ziarah:
1) Tidak dibenarkan membawa anak2 kecil terutama kanak-kanak bawah 10 tahun juga bayi.
2) Tidak merokok di dalam rumah atau sekitar rumah kerana mesin Oksigen sangat sensitif dengan haba (boloeh menyebabkan kebakaran)
3) Jangan datang waktu malam (biasanya waktu ini Al Zinki berehat dan tidur).
4) Jangan lupa telefon atau mesej dulu sebelum berniat nak ziarah (supaya kami bersedia).

Harap sahabat2 faham situasi kami ini hingga terpaksa meletakkan peraturan2 untuk ziarah. Kami perlu lebih dan sangat berhati2 selepas ini supaya tidak terjadi lagi sebarang jangkitan pada Al Zinki khususnya dan anak2 lain umumnya....

Doakan Al Zinki terus bertahan.....dan Dia memberikan yg terbaik untuknya......juga jazakallah banyak2 kepada ikhwah Krim Kedah khusunya Akh Khalil kerana sudi menghulurkan sumbangan buat Al Zinki.....budi antum selamanya dalam ingatan ......


Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....