Genap seminggu di hospital
Hari ini (semalam) genap seminggu Al Zinki di wad paedatrik, Hospital Serdang......ada juga beberapa orang kenalan dan sahabat2 abi dan ummi yang datang melawat dan bertanya khabar.... tidak kurang juga ada yang menelefon, sms, email dan juga melalui facebook....tapi hari ini Al Zinki mungkin lebih gembira bila dapat bertemu abang2 dan kakaknya yang hadir melawat tadi sebab hospital ni hanya memberikan kebenaran untuk kanak2 melawat pada Sabtu dan Ahad sahaja....juga Al Zinki mendapat berita kehadiran sepupunya yang baru lahir semalam...Muhammad El Qayyum ....tahniah Pak Long Iwan dan Mak Long Faqira (kata Al Zinki).
Kami seronok dapat main kat wad ni..siap ada taman lagi...hehehe
Namun rasanya pasti abi dan ummi lebih rasa tenang dan bersabar andainya ramai lagi sahabat2 seperjuangan datang memberikan kata2 semangat dan dorongan.....yelah biasanya orang akan berkata....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.....mungkin tak kena pada diri sendiri, tak terasa betapa terujinya diri dengan dugaan sebegini....mudah2an abi dan ummi tetap kuat mengharap hanya padaNya....
Mengenai perkembangan Al Zinki...masih bernafas laju..kadang-kadang....dan masih ambil dengan kerap....juga menyusu dengan menggunakan tiub di hidung....doktor pun tak dapat nak jangkakan bila akan dapat pulih seperti sebelumnya...sedangkan ubat dah masuk ke badan berbagai jenis.....bangun pagi2 je dah 8 jenis ubat menanti....tu belum yang setiap 3 jam lagi...hanya Allah yang Maha Mengetahui perancangannya....
Comments
Post a Comment
Sila komen....