Dah lebih setengah bulan berlalu......16 hari....di wad
Tidak dapat nak diluahkan dengan kata2...sungguh berat ujian ini....mungkin Dia nak bersihkan kami atas dosa2 yg pernah dilakukan dengan ujian seberat ini....pepatah lama berbunyi..."Alah bisa,tegal biasa" .....biasanya semakin lama semakin terbiasa dengan sesuatu keadaan itu...namun bagi kami....dimana lagi kami ingin mencari sisa-sisa kekuatan dalam menghadapi ujian ini....tidak nampak manakah jalan penghujungnya....Al Zinki tetap begitu...hari ini baik dan gembira....pagi esok kembali bernafas laju hingga Dr Pakar pun terpaksa beri suntikan....petangnya pula pulih dan aktif semula....
Ya Allah....berilah kami kekuatan... kesabaran... keampunan...andai semua ini berpunca dari kesilapan kami...sesungguhnya hambaMu ini tidak mampu menghadapi semua ini tanpa bantuan dan rahmatMu....
Gambar di pagi lebaran...
Gambar terkini...
Kepada para pembaca sekalian...andainya pernah ada dosa dan kesilapan yang pernah kami sekeluarga lakukan pada sesiapa pun...andai ada terkasar bahasa dan kata....kami menghulurkan jari2 kami memohon kemaafan dan moga2 kemaafan yg diberikan dapat mengurangkan beban dosa dan ujian yg diberikan ini....
Terima kasih sekali lagi kepada yang datang melawat dan menziarahi kami (walaupun bilangan hari kat wad ni lebih banyak daripada bilangan yg melawat :-) ......) namun itu tidak mengapa.....juga terima kasih kepada yg sudi mendoakan kami khususnya Nuruddin Al Zinki....
Juga saya memohon kemaafan kepada sahabat seperjuangan kerana banyak mesyuarat dan pertemuan tak dapat hadir...seperti KOPRIM, JIRIM, KRIM SAK dan sebagainya..... teruskan dahulu perancangan yg ada tanpa ana buat sementara waktu ini...tidak terlintas pun di hati ini untuk tidak commite dengan tugasan yg diamanahkan...hanya Allah yg tahu kekangan masa dan emosi yg sedang mencengkam kini...Allahuakhbar....semuanya dibawah perancanganNya.....
Sabar akhi. Musibah itu dari Allah. 64:11
ReplyDeleteAda ibrah disebalik setiap ujian hambaNya.
Mengenai KRIM,anta jangan risau akhi. InsyaAllah ikhwah/at dapat uruskan dengan baik. Luar biasa,dalam ujian bisa memikir dakwah. Allahu akbar.
Moga Allah terus beri ketabahan, kekuatan, keimanan, ketaatan, kelapangan dan segalanya buat antum sekeluarga. Ameen~
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya jika seseorang hamba itu telah tertulis baginya sesuatu kedudukan di sisi Allah tetapi ia tidak mencapainya dengan amalannya, maka Allah mengujinya pada jasadnya atau hartanya atau anaknya, kemudian Allah menyabarkannya sehinggalah ia dapat mencapai kedudukan di sisi Allah yang telah tertulis untuknya sebelum itu" (Hadith riwayat Abu Daud, Ahmad dan Tabrani. Lafaz ini adalah riwayat Ahmad).
ReplyDelete