Perkembangan terkini......

 Di wad paedatrik semula

Alhamdulillah....semalam Nuruddin Al Zinki dah ditukarkan semula ke wad paedatrik (kanak2) ..... dalam jam12 tengahari....cuma doktor pakar masih belum dapat mengesan penyebab dan ubat yang terbaik untuknya. Pun begitu keadaan pernafasannya semakin laju menjelang malam atau lebih tepat lagi Maghrib....bermakna 'nab' terpaksa diberi secara kerap sampai ke pagi. 



Jazakallah juga kami ucapkan kepada individu2 yang meluangkan masa dan ruang untuk datang ziarah Nuruddin di  wad...sama ada di  ICU atau wad kanak-kanak....kehadiran dan doa kalian memberikan kami kekuatan untuk terus tabah menghadapi ujian ini.....antara yang menziarahi kami seperti Ust Wan hisyam suami isteri, Dr Amirudin, Ust Sulaiman, Zafri suami isteri, Azmi suami isteri dan juga pada sesiapa yang jua ikhwah akhawat dan sahabat2 yang berhajat nak ziarah tetapi tidak kesampaian...tak lupa juga Ust Muhd (jiran dan ikhwah paling hampir kat rumah) ......berjuta terima kasih di atas keprihatinan anda....


Mengenai Nur Husna dan Nuqman...semalam memang demam dan cirit-birit je..mungkin kesan ubat antibiotiknya...letih juga le jaga mereka berdua tu sampai ambil cuti CRK (habis dah cuti).....umminya pun semalam dah start cuti tanpa gaji....alhamdulillah pagi ni dah bertambah baik dan dah hantar ke rumah pengasuh....berkat doa2 sahabat2 juga.... 

p/s: Nuruddin Al Zinki di wad 5A, katil 11, hospital serdang....tp yg nak melawat pastikan call dulu...(sama ada berubah katil atau yang ada isteri saya sahaja).....waktu melawat jam 4.30 ptg hingga 7.30 ptg....

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....