Ujian melanda lagi.....
Baru sahaja Nuruddin Al-Zinki keluar hospital...tup tup semalam masuk semula. Allah betul2 nak uji kesabaran dan ketabahan kami. Ditambah dengan kak ngah (Nur Husna) demam dan batuk baru nak reda, Nuqman pula sambung demam dan batuk...ni pun mereka masih batuk-batuk...klinik dah pi sampai 2 buah......
Apabila ada yang demam dan batuk dalam rumah, maka Al-Zinki pun secara automatiknya akan dijangkiti. Tapi kali ini agar teruk juga batuknya sampai kami abi dan umminya semalaman berjaga (Jumaat malam). Esoknya (Sabtu) bawa ke klinik pun doktor just bagi 'nab' @ oksigen untuk melonggarkan ruang pernafasan. Jam 2 petang sekali dan malam jam 9 sekali (terpaksalah cancel nak bantu SIRAM-Sirah Muzikal, asif jiddan pada tuan pengarah). Malamnya alhamdulillah ok tapi sok paginya mula semput. Apa lagi siap2 bawa ke bahagian kecemaasan Hospital Serdang....kena tahan, masuk 'air', ambil X-ray dada lagi....then bagi nab sampai 4 kali...jam 12 tghari baru naik wad...Al-Zinki dah lembik....nangis je....tangan pun kena bandage(refer gambar)...
Hari ini pun tak banyak perkembangan yang positif...masih batuk yang kuat....dan doktor dah mula minta nurse sedut kahaknya....sakitnya....badan masih lemah dan asyik menangis sampai suara pun dan serak...
Buat sahabat2ku...bukanku tulis luahan ini untuk sahabat2 risau dan bersusah-payah ziarah..cukuplah doa dan harapan padaNya agar cepat disembuhkan...dan semoga kalian faham akan kekangan masaku dalam melangsaikan tugasan dan tanggungjawab yg diberi terutama amal dakwah......doa, sokongan dan bertolak-ansur amatku harapkan.....
"padaNya jua ku serahkan....berilah yang terbaik buat mujahidku ini...."
Comments
Post a Comment
Sila komen....