Aduh...tolong abi ummi...penat saya meniarap ni...

Alhamdulillah kelmarin (18 Okt 2010) keadaan Al Zinki semakin baik kerana hanya perlu ambil nab 3 jam sekali dan paras oksigen pada kadar 1.....berbanding sebelumnya perlu ambil nab sejam sekali......cuma masih lagi bernafas laju.....Doktor Pakar masih lagi tidak dapat memberikan penjelasan sebenarnya bakteria apa yang menyerang Al Zinki, namun ujarnya memang bakteria yang kuat. Cuma setakat ini keadaan paru-parunya bersih dan semakin baik. Namun begitu peluang Al Zinki untuk pulang ke rumah ada tetapi kemungkinan besar jika kadar pernafasannya masih laju, maka kami terpaksa membawa Al Zinki bersama tong gas oksigen ke rumah. Ini akan menyukarkan pergerakannya kerana perlu bergantung kepada bantuan oksigen setiap masa. Doktor juga telah memindahkan Al Zinki ke bilik yang berasingan supaya mengelak daripada apa2 jangkitan baharu.



Berita pagi ini (20 oktober 2010) Al Zinki kembali bernafas laju.....doktor pun pelik sebab semalam ok, sihat dan aktif sahaja....semuanya dibawah perancanganNya....
Apapun kemungkinan besar Al Zinki terpaksa bawa tong gas oksigen ke rumah jika dapat keluar wad...dan akan dikuarantin lagi selepas ini(umminya perlu ambil cuti separuh@tanpa gaji lagi untuk menjaganya). Oleh yang demikian, sesiapa yang nak ziarah Al Zinki sebaiknya datang ke hospital sebab bila dah balik rumah(insyaAllah), kuarantin akan diperketatkan dan dalam kata lain agak sukarlah kami nak terima tetamu untuk mengelak sebarang jangkitan lain.....

Comments

  1. alhamdulillah....moga adik nuruddin terus menunjukkan thp kesihatan yg semakin baik.

    ReplyDelete
  2. MASYA ALLAH...sungguh berat ujianMU pada sahabatku ini...insyaALLAH sekiranya ada kesempatan waktu, akan kuluangkan menziarahimu Nuruddin...diriku pernah membaca sebuah buku kisah benar bertajuk "Kembara Atiq Wazif" terbitan GALERI ILMU...Keluarga En Hasan Suyut dan isteri menghadapi pelbagai bentuk ujian membesarkan anaknya yang UNIK dan menganggap ia adalah 'Anugerah dari Allah'...kudoakan ukhti hafizah dan cikgu hardi sentiasa tabah menghadapi ujian ini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen....

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Masuk hari ke 3 di ICU-kembali KRITIKAL

Al-Hilmi