Posts

Showing posts from May, 2010

Hari ke 25 ..... saya tidur je la...

Image
            Assalamualaikum ...... hari ini Nuruddin Al-Zinki banyak tidur saja.....nyenyak dia tidur...malam tadi menangis lama lagi sebab kena cucuk kat tangan (tempat salur ubat)......nampak sedikit letih.....namun kadar nadinya semakin baik...antara 120 - 160 sahaja.... Sian saya.....penat saya nangis malam tadi... Malulah tengok saya tidur camni...tak tutup aurat....hehehe             Tadi umminya sempat bertemu dengan doktor yang mereawat Nuruddin .... katanya kadar pernafasan dan xray paru2nya menunjukkan perkembangan positif dan baik....tetapi keadaannya yang kerap bernafas laju membimbangkan doktor...sehingga doktor tidak berani memberi kata putus untuk mencabut bantuan oksigen yang disalurkan selama ini.....Nuruddin katanya perlu masa lagi bermain2 di sini.....agar benar2 sihat dan mampu bernafas dengan baik...tanpa bantuan oksigen.....atau terpaksalah membawa @ menyewa tong gas oksigen ke rumah.....ini akan membataskan pergerakannya..... ...zzzzzz...            Apap

Hari ke-24.......ada gaya tak...

Image
- ....hah...tengok nih...ada gaya x?                 Hari ini tidak banyak berubah daripada semalam...cubalah tengok gambar2nya di atas.....membulat je matanya...tak nak tidur bila dah terjaga.......tapi semasa kami sampai jam 4.00 petang hingga 5.30 petang, Nuruddin tidur nyenyak jer......cuma terjaga sekejap kerana umminya menukarkan pampersnya.....sebab dah terbuang air besar(berak).......lepas tu tidur semula...                 Jam 5.30 petang baru terjaga bila dah haus..selesai bagi nab dan susu, nurse nak masukkan ubat dalam tiub ditangannya..namun sekali lagi...jarumnya bengkok...kenalah cucuk lagi...tapi sampai kami pulang tadi, nurse belum cucuk2 lagi jarum yang baru...sebab uruskan bayi2 yang lain dulu......itu jelah cerita hari ini...esok sambung lagi...untuk hari ke 25.....

Hari ke-23 (29/5/10)........satu penantian

Image
                 Hari ini kami berdua melawat Nuruddin Al-Zinki lebih kurang 3 jam juga.....bermain2 dengannya...walaupun kadang2 kerap ingin menangis....awalnya hampir sejam juga kami menanti dia yang lena tidur....melalui jiran sebilik ini, semalam selepas kami pula hampir 2 jam Nuruddin menangis.....mungkin sedih kami dah pulang meninggalkannya keseorangan.... La ni...dia tengah tidur...                 Dalam jam 5.45petang barulah Nuruddin terjaga dan mula nak menangis...terpaksalah kami angkat sedikit badannya dan dodoikan...memang dia senyap...bila letak je....mula nak nangis....kalau dah nangis bertukar merah wajahnya......ini yang doktor dan nurse bimbangkan.....tidak boleh biarkan Nuruddin menangis kerana akan mengakibatkan bacaan nadinya melambung ke paras melebihi 200...(bahaya) dan nafasnya akan mula kencang....jadi kami terus mendodoikan sementara menunggu nurse memberikan susu (guna tiub). Bestnya...ummi dodoikan saya...nak lagi, nak lagi...               Sebelum dibe

Hari ke 22......cepatlah sihat anakku.....sebuah hadiah untuk ummi di hari lahirnya..29 Mei...esok

Image
Sebelum saya memulakan kata bicara laporan harian..inginku ucapkan  SELAMAT HARI LAHIR ke-30 ....buat isteriku yang amat kusayangi.... ......HAFIZAH BT ISMAIL...... semoga terus berusaha menjadi ISTERI yang SOLEHAH.....TABAH menghadapi UJIAN dalam menguji IMAN.....panjang umur dan murah rezeki..... serta sentiasa dalam perlindunganNya... amin Gambar hari ke-20 (meniarap dapat memudahkannya bernafas) Gambar hari ke-21  (dah buka tudung kepala tetapi terpaksa tidur meniarap kerana nafas agak laju)                Hari ini genap 22 hari @ 3 minggu 1hari Nuruddin Al-Zinki membesar di Hospital Serdang.......walaupun sudah semakin mampu bernafas dengan paru2nya, namun kadangkala kadar dengup nafasnya laju..dan ini membahayakan kondisinya...ini disebabkan masih terdapat kuman yang berada dalam paru2nya.Juga bermakna sudah 3 hari dia dimasukkan dengan ubat dan antibiotik bagi melawan kuman......kesian melihat tangan dan kaki2 kecil anak ini ditebuk2 untuk mencari salur darah bagi menyalurk

Hari ke-19.....saya dah makin sembuh.... .dan tahniah buat Nuáim dan Nur Husna....dapat tempat PERTAMA...

Image
Mehla main ngan saye...         Alhamdulillah.....semalam kami dapat berjumpa dengan doktor yang merawat Nuruddin....dan beberapa perkembangan baik sedang berlaku...Nuruddin sudah semakin mampu untuk bernafas dengan paru2nya sendiri walaupun kadang2 sedikit laju nafasnya... Alamak...makin penyeklah hidng saya nih...                     Kini Nuruddin menggunakan jenis tiub pernafasan yang kecil berbanding sebelum ini.....sudah mula nampak sifat2 ingin bermanja....bila kami datang melawat, mulalah asyik menangis tapi akan diam apabila diampu sedikit badannya...nak bermain agaknya...kalau dia menangis....memang paling kuat kat situ....dah namanya bayi lelaki....           Namun setiap hari, nurse akan berikan 4 kali gas @ nab (yang biasa digunakan utk pesakit lelah) untuk mencairkan kahak dalam paru2nya....semalam saya berpeluang melihat kaedah dan teknik nurse menyedut kahak(walaupun dah selalu tengok-anak2 sebelum ini)....tapi ke atas bayi yg usianya belum pun mencecah 20 hari...satu

Oh anakku.....luahan hati kami....

Video klip ini ditujukan khas untukmu, Nuruddin Al-Zinki.....kami pasrah kepadaMu ya Tuhan...andai ini yang terbaik untuknya...kami terima dengan redha...berilah kami kekuatan untuk menghadapi.....dugaan ini...sedang kami sudah tak berdaya menanganinya.....kami pohon padaMu.....Ya Allah...Yang Maha Pengasih dan Penyayang....kami terima Qada'dan QadarMu.....ampunilah kami jika inilah kafarah dosa2 kami.....kerana kejahilan kami...janganlah Kau uji dengan ujian seberat ini.....sesungguhnya padaMu jua tempat pergantungan yang hakiki.....

Gambar saya...hari ke 17.....

Image
Saya nak tidur..... ....emm.....sabar ye semua...

Hari ke 15.....ujian ke atas air tulang sum sum

Image
  Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (AlBaqarah : 155) Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah : 186) Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau

Hari ke-12.....satu percubaan.....mampukah dia bertahan....

Image
             Salam ukhuwah buat semua yang tidak jemu-jemu malayari blog ini untuk mengetahui perkembangan Nuruddin Al-Zinki....mudah-mudahan kawan2 semua tidak jemu-jemu berdoa untuknya.....            Kami sampai di hospital jam 3.45petang, agak lewat daripada biasa kerana hujan turun dengan lebat sejak dari rumah lagi. Seperti biasa isteri saya akan masuk melawat dahulu sementara saya menjaga anak2 yang lain di sekitar kawasan lobi hospital.                         Hujan memang selalu kita sama ertikan dengan rahmat daripada Tuhan....dan mungkin kerana itu jugalah, ketika ini doktor mengarahkan nurse untuk buat kaedah cuba jaya lagi ke atas anak kami. Isteri saya dapat melihat kecekapan dan keterbiasaannya para nurse mengeluarkan juga memberhentikan mesin ventilator untuk digantikan dengan alat oksigen (tak tau namanya-refer gambar).Selepas itu Nuruddin menangis lagi (tak keluar suara pun). Rupa-rupanya pusatnya telah terluka kerana semalam jari-jari halusnya telah mennarik2 tiub

Antara Hari Guru dan Nuruddin Al-Zinki....

Image
Salam buat teman seperguruan.... Sangat mulia kerja kita....tapi kita sering dikata berkira... Sibuknya kita....tapi sering dikata tak ada keje.. Penatnya kita mendidik bangsa....tapi sering disebut guru kini sangatlah manja... Tapi kita tetap seorang guru yang setia... Teruskanlah perjuangan yang mulia ini... Ikhlaskanlah hati walau apa yang dikata... Ingatlah bahawa keredhaan Illahi itu yang dicari..yang kekal abadi... Guru bagaikan NTV7 kerana "Ceria Selalu" Guru kadangkala seperti TV3 kerana "Menjadi Inspirasi Hidupku" Guru juga umpama TV9 kerana "Dekat Dihati" dan yang penting  Guru juga bagaikan package Astro kerana "Macam-macam Ada" Untuk para guru, guru tadika, guru sekolah memandu,  guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti, guru rajin, guru selalu takde kat sekolah,  guru yang sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas, guru mengandung, guru yang tak suka jadi guru,  guru disiplin, guru tak de disiplin, guru suka k

Foto terkini Nuruddin Al-Zinki (15 Mei 2010)

Image
Nuruddin Al-Zinki pada hari pertama di wad NICU Nuruddin Al_Zinki pada hari ke-9 di wad NICU (Dia demam...)

Hari kelapan.....kesabaran terus ditagih

              Petang tadi jam 3.40 petang, kami sampai ke hospital. Kali ini semua anak-anak kami di bawa bersama. Mereka masih belum mengerti bagaimana keadaan adik mereka. Mungkin pada perkiraan mereka, adik mereka hanya sakit biasa....biarlah begitu....satu hari nanti apabila dibaca semula artikel di blog ini....mereka akan mengerti....apa erti ujian hidup....        Mulanya semasa isteri saya masuk melawat Nuruddin Al-Zinki, dia tidak sempat bertemu dengan doktor yang merawat anak kami. Jadi perkembangan terkini masih belum diketahui. Tidak berkesempatan untuk bertemu doktor.      Tiba giliran saya melawat pula. Saya mulakan pertemuan hari ini dengan membaca Al-Quran....mudah-mudahan keberkatan ayat-ayat cinta daripada Allah ini menusuk ke hati Nuruddin, lantas menyingkirkan kuman2 yang bersifat lahiriah atau mistik....Saya bertekad untuk terus menerus membacakan ayat-ayat Al-Quran setiap kali kami bertemu. Hari ini secara fizikalnya Nuruddin sudah bergerak2(refleks) bila disentu

Ku nukilkan buatmu....

Image
Doa buatmu sayang Wahai kasih hatiku, lahirmu mewarnai hidup kami, di hari mulia penghulu minggu, sempurna wajahmu secukup sifatmu, bersih dan sejernih hatimu, namun mungkin belum masanya, untuk kami rasai, indahnya keberadaanmu, indahnya saat yang ditunggu. Sungguh memang Tuhan ingin menilai, menguji iman setabah mana, bila mana di ambil nikmat, barang sekejap, dipinjam dirimu. kekadang ku rasa lemah, kekadang ku rasa kuat, mampukah ku terima hakikat ini, tabahkah untuk ku semua ini, dugaan dan ujian yang sebegini. Ya Allah, Ya Tuhanku, hanya padaMu kuserahkan, sihat sembuhnya ditanganMu, hidup matinya telah tercatat di sana, ku pohon padaMu Ya Tuhanku, berilah yang terbaik untuknya, andai itu yang terbaik buatnya, kami redha ... Namun cuma, berilah kami kesempatan, sedikit peluang, secebis ruang, untuk kami kucup, peluk dan cium, mendakapmu dalam kasih sayang, cinta yang tulus ikhlas, daripada kami abi dan ummimu... Nuruddin Al-Zinki....

....sudah sampai 5% kah usaha kami....

Image
                         Hari ini masuk hari keenam, Nuruddin Al-Zinki ditempatkan di wad NICU yang sentiasa dibawah selia jururawat2 dan doktor sepanjang masa....masih lagi memerlukan bantuan alat pernafasn (ventilizer) pada kadar yang maksimum dan ubat (antibiotik) yang sebenarnya sudah 3 kali di cuba jaya.....namun masih belum lagi Dia Yang Maha Esa memakbulkan doa2 kita....mungkin perlunya atau belum cukup lagi pengharapan kami kepadaNya.....kami terus muhasabah diri......             Tengahari tadi doktor ada menerangkan pada isteri saya kondisi terkini Nuruddin....nampaknya pihak hospital harus menukar strategi bagi mengesan kaedah dan ubat yang terbaik buat si comel ini..antara suggestion nya....ambil AIR TULANG BELAKANG(SUM SUM) untuk dikaji sama ada jangkitan kuman itu merebak ke otak atau tidak...juga melalui kaedah ini doktor dapat mengesan antibiotik yang sesuai untuk Nuruddin Al-Zinki ini,,,             Masih teringat saya dalam satu slot motivasi program Nadwah KRIM P

Ziarah Presiden ISMA.........

     Malam semalam jam 10.00 malam, tidak pernah terlintas di minda ini, kami diziarahi oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik dan isterinya ke teratak kecil kami di Kg Bukit Lanchong ini atas kunjungan peribadinya. Walaupun beliau sibuk (katanya esok ke ISMA Perak pula tentang program Palestin di sana), namun sempat meluangkan masa barang sebentar mendengar cerita sedih daripada mulut kami sendiri. Jazakallahu khairan khatira kami ucapkan kepada beliau berdua.      Pada asalnya, memang ramai ikhwah akhawat dan sahabat handai ingin melawat kami, namun kami agak keberatan untuk menerima kunjungan ziarah ini berikutan ketidakstabilan emosi dan perasaan sedikit terutama isteri saya dalam beberapa hari ini. Namun insyaAllah kini kami rasa semakin kuat dan tabah menghadapi ujian ini walaupun masih belum ada perkembangan baik dari wad NICU.    Nuruddin Al-Zinki masih dalam keadaan yang sama seperti 3 hari lepas....belum menunjukkan perubahan dari segi kondisi ja

Hari keempat....wahai anakku..Nuruddin Al-Zinki....

            Hari ini 10 Mei 2010, kami pergi melawat lagi anak kami di wad NICU jam 10.00 pagi....nampaknya  masih belum ada lagi perubahan positif. Anak kami masih memerlukan bantuan ubat dan mesin alat bantuan pernafasan pada tahap yang maksimum. Kami juga sempat berjumpa dengan salah seorang doktor yang ditugaskan mengawasi tahap perkembangannya (akhawat ISMA DHL).Peratusnya masih 50-50.....apappun kami masih yakin anak kami akan sembuh...berkat doa semua juga...           Sebelum kami ke hospital, kami ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendaftar kelahiran anak kami ini...dan kami sepakat memilih nama salah seorang pejuang, panglima dan pemimpin besar Islam pada tahun 569H/1173M  semasa penakhlukkan Baitul Maqdis bersama Salahuddin Al-Ayubi     ....  anak ini kami namakan     ..... NURUDDIN AL-ZINKI........            Harapan kami juga agar anak kami ini sekental dan setabah namanya......semoga Allah swt memakbulkan doa kami dan sahabat2 semua..... ...SIAPA DIA NU

Hari kedua.......

Image
                  Alhamdulillah semalam 8 mei 2010, isteri saya telah dibenarkan discharge, namun begitu anak kami masih ditahan di wad NICU....sebelum kami pulang, kami singgah melihat keadaan anak kami di wad berkenaan. Kebetulan pula doktor pakar yang memantau dan mangawasi kesihatan anak  kami ada di situ dan menerangkan kondisi dan status anak kami itu. Doktor dan nusrse di sini amat prihatin dan mahir dengan tugas mereka terutamanya doktor pakar yang merawat kami....               Doktor pakar menyatakan bahawa anak kami ini MASIH BELUM menunjukkan sebarang perubahan perkembangan yang baik atau dengan kata lain amsih kritikal @ serius @ lebih tepat lagi TENAT...... perasaan kami waktu itu hanya Allah swt sahaja yang tahu. Namun kami yakin semua ini hanyalah satu dugaan kecil dari Yang Maha Esa kepada kami dalam menguji sejauh mana kekuatan pergantungan kami padaNya....atau mungkin sebagai kafarah dosa-dosa kami ini selama mana kami menjadi pendidik@guru di SRI Hira Shah Alam, SK

Kelahiranmu yang menguji keimanan kami....

Image
          Alhamdulillah, isteri saya, Hafizah bt Ismail (AJK KRIM Shah Alam, ex-Ketua Beliawanis PEMBINA dan Guru SK Jalan Kebun) selamat melahirkan anak kami yang ke 4, seorang bayi lelaki dengan berat 3.05kg pada jam 5.06 pagi, 07.05.2010 di Hospital Serdang, Selangor.                 Namun begitu Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ingin menguji iman dan keyakinan kami kepadaNya dengan memberikan sedikit ujian kepada kami. Bayi kami telah ditahan di wad NICU, bagi tujuan pemeriksaan lanjut kerana terdapat beberapa komplikasi yang serius.            Semasa bayi kami dilahirkan,dia tidak menangis dan bergerak dengan aktif atau istilah doktor, 'flat' seperti lemah tak bermaya. Saya dan isteri juga tidak sempat mendakap, mengucup dan mendodoikan bayi kami....sebab di wad NICU, doktor dan nurse amat berhati-hati dengan situasi bayi kami kerana kedua-dua belah paru-parunya penuh dengan lendiran kahak sehingga memaksa pemakaian alat bantuan pernafasan pada aras tinggi