Hari ke-12.....satu percubaan.....mampukah dia bertahan....
Salam ukhuwah buat semua yang tidak jemu-jemu malayari blog ini untuk mengetahui perkembangan Nuruddin Al-Zinki....mudah-mudahan kawan2 semua tidak jemu-jemu berdoa untuknya.....
Kami sampai di hospital jam 3.45petang, agak lewat daripada biasa kerana hujan turun dengan lebat sejak dari rumah lagi. Seperti biasa isteri saya akan masuk melawat dahulu sementara saya menjaga anak2 yang lain di sekitar kawasan lobi hospital.
Hujan memang selalu kita sama ertikan dengan rahmat daripada Tuhan....dan mungkin kerana itu jugalah, ketika ini doktor mengarahkan nurse untuk buat kaedah cuba jaya lagi ke atas anak kami. Isteri saya dapat melihat kecekapan dan keterbiasaannya para nurse mengeluarkan juga memberhentikan mesin ventilator untuk digantikan dengan alat oksigen (tak tau namanya-refer gambar).Selepas itu Nuruddin menangis lagi (tak keluar suara pun). Rupa-rupanya pusatnya telah terluka kerana semalam jari-jari halusnya telah mennarik2 tiub yang disambungkan pada pusatnya. Juga leher dan punggungnya kemerah-merahan sedikit melecet. Lantas isteri saya diberikan peluang oleh nurse untuk meltakkan krim dibahagian2 tersebut.
Kemudian giliran saya masuk melawat pula tiba. Sejak saya masuk sudah kedengaran suara2 halus dan manja teriakannya (mungkin terasa sakit atau kurang selesa dengan tiub2 yang melingkari badannya. Alhamdulillah dalam hati saya panjatkan kesyukuran kerana dapa dengar juga suaranya (risau tak bersuara pula). Namun kini satu lagi situasi harus ditempuhinya sama ada mampu bertahan dan serasikah paru-parunya untuk bernafas tanpa alat bantuan pernafasan (ventilator)...dan saya yakin, berkat kita membacakan ayat2 cinta dari Al=Quran sebagai antara asebab perubahannya....tanpa dinafikan usaha pihak hospital dengan izin Yang Maha Pencipta....
Nuruddin Al-Zinki....esok kami datang lagi insyaAllah...tapi mungkin lepas maghrib sebab abi mu ini ada aktivit koko sampai petang.....abang2 dan kakakmu sentiasa sabar menanti kepulanganmu.......
Comments
Post a Comment
Sila komen....