Kelahiranmu yang menguji keimanan kami....

        Alhamdulillah, isteri saya, Hafizah bt Ismail (AJK KRIM Shah Alam, ex-Ketua Beliawanis PEMBINA dan Guru SK Jalan Kebun) selamat melahirkan anak kami yang ke 4, seorang bayi lelaki dengan berat 3.05kg pada jam 5.06 pagi, 07.05.2010 di Hospital Serdang, Selangor.
      
         Namun begitu Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ingin menguji iman dan keyakinan kami kepadaNya dengan memberikan sedikit ujian kepada kami. Bayi kami telah ditahan di wad NICU, bagi tujuan pemeriksaan lanjut kerana terdapat beberapa komplikasi yang serius.
 

         Semasa bayi kami dilahirkan,dia tidak menangis dan bergerak dengan aktif atau istilah doktor, 'flat' seperti lemah tak bermaya. Saya dan isteri juga tidak sempat mendakap, mengucup dan mendodoikan bayi kami....sebab di wad NICU, doktor dan nurse amat berhati-hati dengan situasi bayi kami kerana kedua-dua belah paru-parunya penuh dengan lendiran kahak sehingga memaksa pemakaian alat bantuan pernafasan pada aras tinggi. Juga tekanan darah dan jantung yang tidak stabil. Doktor hanya mampu meletakkan masa selama 48 jam untuk lihat perkembangannya kerana keadaan sangat serius.

         Lihatlah gambar di atas yang sempat saya ambil di wad  NICU di mana banyaknya wayar2 dan tiub2 di serata badannya. Semoga Allah swt memberikan kekuatan pada bayi kami untuk terus berjuang hingga ke penghujungnya dan dokan kami agar tabah dan redha dengan ujian ini.Amin.......

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....