Hari ke 15.....ujian ke atas air tulang sum sum


 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(AlBaqarah : 155)

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
(Al-Baqarah : 186)

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).  
(Az-Zumar : 49)





            Alhamdulillah sejak dua hari ini, Nuruddin Al-Zinki semakin cuba menyesuaikan keadaan dan kemampuan untuk bernafas dengan menggunakan organ paru-parunya sendiri. Namun begitu sejak ditanggalkan alat bantuan pernafasan (ventilator) pada maghrib hari rabu yang lepas....kekadang Nuruddin bernafas laju(seolah2 semput atau kekurangan oksigen).....dia juga kerap menangis dan ini membuatkan kami sebak kerana tak sanggup melihat kesakitan yang dialaminya.
           Petang semalam nurse call isteri saya (kami on the way ke hospital-lewat petang selepas aktiviti di sekolah), meminta kami hadir ke sana untuk menandatangani surat kebenaran untuk mengambil sedikit sampel air tulang belakang(sum-sum).......sampel ini bertujuan untuk mengesan jenis kuman yang menyerang paru2 anak kami ini. Walaupun masih ada sedikit risiko terhadap pengambilan air tulang sum sum ini.....namun kami tiada pilihan lain.....
            InsyaAllah pagi ini (hari Jumaat....) proses atau pembedahan kecil ini akan berlangsung kerana doktor telah yakin Nuruddin sudah semakin stabil....dan mudah2an....semuanya berjalan lancar.....namun kami tidak lupa untuk sentiasa berdoa dan memohon agar Allah swt memudahkan dan menyembuhkan anak kami secepat yang mungkin.....

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....