Hari ke-23 (29/5/10)........satu penantian

                Hari ini kami berdua melawat Nuruddin Al-Zinki lebih kurang 3 jam juga.....bermain2 dengannya...walaupun kadang2 kerap ingin menangis....awalnya hampir sejam juga kami menanti dia yang lena tidur....melalui jiran sebilik ini, semalam selepas kami pula hampir 2 jam Nuruddin menangis.....mungkin sedih kami dah pulang meninggalkannya keseorangan....

La ni...dia tengah tidur...

                Dalam jam 5.45petang barulah Nuruddin terjaga dan mula nak menangis...terpaksalah kami angkat sedikit badannya dan dodoikan...memang dia senyap...bila letak je....mula nak nangis....kalau dah nangis bertukar merah wajahnya......ini yang doktor dan nurse bimbangkan.....tidak boleh biarkan Nuruddin menangis kerana akan mengakibatkan bacaan nadinya melambung ke paras melebihi 200...(bahaya) dan nafasnya akan mula kencang....jadi kami terus mendodoikan sementara menunggu nurse memberikan susu (guna tiub).

Bestnya...ummi dodoikan saya...nak lagi, nak lagi...

              Sebelum diberikan susu, Nuruddin akan diberikan gas(nab) utk mencairkan kahak yang ada di dalam paru2nya......sesudah minum susu.....ubat antibiotik dimasukkan ke dalam salur di pergelangan tangan kirinya....agak lama masa diambil lebih kurang sejam...ubat ini akan mengalir masuk secara perlahan2 dengan bantuan mesin....sambil itu kami sentiasa cuba berkomunikasi dengannya supaya dia tidak merasa sakit atau rimas berada dalam keadaan begini......


Ummi....abi...jangan balik lagi....sapa nak temankan saya....

             Sebelum pulang kami singgah melawat sahabat@jiran yang baru dikurniakan bayi pertama di tingkat 5 di hospital yang sama...dan kami singgah sekali lagi menjengok Nuruddin selepas saya solat Maghrib..dan dia masih belum mahu tidur.....tapi sat lagi time minum susu lagi (3 jam sekali).....insyaAllah esok kami datang lagi..sampai bila?? hanya Dia yang mengetahui.....

Esok datang lagi ye....juga jangan lupa lawati saya lagi di blog ini....sayang semua!!

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....