Hari kedua.......
Alhamdulillah semalam 8 mei 2010, isteri saya telah dibenarkan discharge, namun begitu anak kami masih ditahan di wad NICU....sebelum kami pulang, kami singgah melihat keadaan anak kami di wad berkenaan. Kebetulan pula doktor pakar yang memantau dan mangawasi kesihatan anak kami ada di situ dan menerangkan kondisi dan status anak kami itu. Doktor dan nusrse di sini amat prihatin dan mahir dengan tugas mereka terutamanya doktor pakar yang merawat kami....
Doktor pakar menyatakan bahawa anak kami ini MASIH BELUM menunjukkan sebarang perubahan perkembangan yang baik atau dengan kata lain amsih kritikal @ serius @ lebih tepat lagi TENAT...... perasaan kami waktu itu hanya Allah swt sahaja yang tahu. Namun kami yakin semua ini hanyalah satu dugaan kecil dari Yang Maha Esa kepada kami dalam menguji sejauh mana kekuatan pergantungan kami padaNya....atau mungkin sebagai kafarah dosa-dosa kami ini selama mana kami menjadi pendidik@guru di SRI Hira Shah Alam, SK Taman Bukit Teratai, SK Damansara Damai 1, SK Seksyen 27(2) dan SK Jalan Kebun.....atau dalam gerak kerja dakwah kami di KRIM, PEMBINA dan ISMA......
Terima kasih dan jazakallahu khairan kathira kepada semua sahabat, kawan-kawan dan saudara mara seIslam mahupun bukan Islam kerana MENDOAKAN dan MELAWAT kami sekeluarga dan moga-moga doa kawan-kawan(antum) semua DIMAKBULKAN olehNya.....
InsyaAllah berita-berita terkini akan diupdatekan setiap hari, walaupun gambar tidak ada pada hari kedua ini (kawalan ketat oleh nurse dan doktor di wad ni)......Gambar di atas ini adalah gambar anak-anak kami yang sabar menanti kepulangan adiknya....ke rumah kami di Shah Alam.......
......HANYA ALLAH TEMPAT PERGANTUNGAN YANG HAKIKI......
Comments
Post a Comment
Sila komen....