Hari keempat....wahai anakku..Nuruddin Al-Zinki....

            Hari ini 10 Mei 2010, kami pergi melawat lagi anak kami di wad NICU jam 10.00 pagi....nampaknya  masih belum ada lagi perubahan positif. Anak kami masih memerlukan bantuan ubat dan mesin alat bantuan pernafasan pada tahap yang maksimum. Kami juga sempat berjumpa dengan salah seorang doktor yang ditugaskan mengawasi tahap perkembangannya (akhawat ISMA DHL).Peratusnya masih 50-50.....apappun kami masih yakin anak kami akan sembuh...berkat doa semua juga...

          Sebelum kami ke hospital, kami ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendaftar kelahiran anak kami ini...dan kami sepakat memilih nama salah seorang pejuang, panglima dan pemimpin besar Islam pada tahun 569H/1173M  semasa penakhlukkan Baitul Maqdis bersama Salahuddin Al-Ayubi     ....  anak ini kami namakan     ..... NURUDDIN AL-ZINKI........

           Harapan kami juga agar anak kami ini sekental dan setabah namanya......semoga Allah swt memakbulkan doa kami dan sahabat2 semua.....


...SIAPA DIA NURUDDIN AL-ZINKI...

Ibnu al-Katsir menyatakan :
“Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa penggal pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada rakyat bawahannya setelah Khulafa’ Arrasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang punya sejarah baik dari Nuruddin, raja yang adil.”

Pernahkah kita mendengar kisah seorang sultan yang bernama Nuruddin Mahmud al-Zinki? Ada pendapat yang mengatakan bukan 4 orang khalifah dalam Khulafa’ Arrasyidin, tetapi terdapat 6 orang khalifah termasuk Umar bin Abdul Aziz dan juga Nuruddin al-Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir setelah 20 tahun kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan Salib pada 17 Syawal 1511 bersamaan Februari 1118 Masihi. Beliau merupakan pengikut Mazhab Hanafi yang mempunyai ilmu yang luas sehinggakan beliau diberi izin untuk meriwayatkan hadis-hadis. Keperibadian Nuruddin memaparkan beliau sebagai seorang pemimpin ummah berwibawa. Dalam majlisnya, tidak dibicarakan hal-hal kecuali hal ilmu, agama dan jihad.

Nuruddin telah berjaya menggulingkan kerajaan Syiah Fatimiyyah di Kaherah. Maksud Kaherah adalah mengatasi ataupun bermaksud sebenarnya adalah ingin mengatasi kerajaan Sunnah di Baghdad. Pada waktu tersebut kerajaan di Baghdad begitu lemah. Nuruddin memulakan karier sebagai seorang askar biasa dan kemudianya pangkat satu per satu sehingga menjadi jeneral daripada berkat usahanya. Setelah itu beliau menggunakan kelebihan tersebut untuk menggulingkan kerajaan di Kaherah. Terdapat pelbagai sumbangan yang dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya antaranya menubuhkan universiti tertua di dunia iaitu university al-Azhar.

Beliau mempraktikkan dalam hidupnya dengan adab yang sentiasa menghormati ulama’ dan menghargai mereka. Apabila beliau didatangi oleh seorang fakih dan soleh, beliau berdiri terlebih dahulu dan mempersilakan orang tersebut duduk. Beliau memperlihatkan penghormatan dan penghargaan kepadanya. Maka, tidak mustahil generasi selepasnya dapat mencontohinya sehinggakan lahirnya seorang pejuang agama Salahuddin al-Ayyubi.

Kemuncak era kepimpinan Nuruddin Mahmud Zinki adalah pada 1173 Masihi bersamaan 569 Hijrah. Nuruddin bersiap sedia untuk melancarkan serangan terakhir ke Baitul Maqdis dan membebaskan tanah tempat israknya Rasulullah SAW dari cengkaman hegemoni Salib. Maka untuk itu, beliau telah menyiapkan satu mimbar baru yang cantik sekali yang diperuntukkan penggunaanya di Masjidil Aqsa kelak setelah umat Islam berjaya menakluki al-Aqsa. Beliau mengutus surat kepada orang bawahannya di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi namun kematian terlalu cepat menjemputnya.

Sultan Nuruddin Zinki telah pulang ke rahmatullah pada 15 Mei 1174 bersamaan 11 Syawal 570 H. Usaha murni beliau diteruskan oleh pewaris selepasnya dan terbukti usaha beliau bersama beberapa individu lain berhasil apabila Baitul Maqdis dapat dibebaskan daripada cengkaman Salib yang zalim selepas 13 tahun daripada tarikh kematiannya.

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....