12 May 2010

Ziarah Presiden ISMA.........

    Malam semalam jam 10.00 malam, tidak pernah terlintas di minda ini, kami diziarahi oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik dan isterinya ke teratak kecil kami di Kg Bukit Lanchong ini atas kunjungan peribadinya. Walaupun beliau sibuk (katanya esok ke ISMA Perak pula tentang program Palestin di sana), namun sempat meluangkan masa barang sebentar mendengar cerita sedih daripada mulut kami sendiri. Jazakallahu khairan khatira kami ucapkan kepada beliau berdua. 

    Pada asalnya, memang ramai ikhwah akhawat dan sahabat handai ingin melawat kami, namun kami agak keberatan untuk menerima kunjungan ziarah ini berikutan ketidakstabilan emosi dan perasaan sedikit terutama isteri saya dalam beberapa hari ini. Namun insyaAllah kini kami rasa semakin kuat dan tabah menghadapi ujian ini walaupun masih belum ada perkembangan baik dari wad NICU.

   Nuruddin Al-Zinki masih dalam keadaan yang sama seperti 3 hari lepas....belum menunjukkan perubahan dari segi kondisi jangkitan yang menjangkitinya.......doktor kata nak scan paru2nya petang nanti(semalam) dan mungkin ubat antibiotik yang diberikan selama ini tidak sesuai untuk melawan virus@jangkitan tersebut....

   Apapun, alhamdulillah Nuruddin sudah mula diberikan susu ibunya(diperah dan dibawa dari rumah) sehari 5 kali. Mudah-mudahan kandungan khasiat susu ibunya ini dapat membantu melawan jangkitan yang menempel dalam dirinya.....

   Sekejap lagi dalam jam 11.00 pagi kami akan ke hospital lagi untuk melihat keadaannya ..... kami masih mengharapkan lagi doa2 ikhwah akhawat dan sahabat2 sekalian  yang terus setia membaca blog kami ini......

No comments:

Post a Comment

Sila komen....