Antara Hari Guru dan Nuruddin Al-Zinki....

Salam buat teman seperguruan....

Sangat mulia kerja kita....tapi kita sering dikata berkira...
Sibuknya kita....tapi sering dikata tak ada keje..
Penatnya kita mendidik bangsa....tapi sering disebut guru kini sangatlah manja...
Tapi kita tetap seorang guru yang setia...
Teruskanlah perjuangan yang mulia ini...
Ikhlaskanlah hati walau apa yang dikata...
Ingatlah bahawa keredhaan Illahi itu yang dicari..yang kekal abadi...

Guru bagaikan NTV7 kerana "Ceria Selalu"
Guru kadangkala seperti TV3 kerana "Menjadi Inspirasi Hidupku"
Guru juga umpama TV9 kerana "Dekat Dihati"
dan yang penting 
Guru juga bagaikan package Astro kerana "Macam-macam Ada"

Untuk para guru, guru tadika, guru sekolah memandu, 
guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti,
guru rajin, guru selalu takde kat sekolah, 
guru yang sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas, guru mengandung, guru yang tak suka jadi guru, 
guru disiplin, guru tak de disiplin, guru suka keluar makan dan tak lupa guru2 yang tak suka relief.....
kami ucapkan
 
"SELAMAT HARI GURU"

          Emm....hadiah hari guru buat kami?? Ye..bila Nuruddin Al-Zinki lebih banyak sedar dari tidurnya, bila matanya banyak terbuka dari tutupnya, bila jejari manisnya mencabut2 wayar dibadannya..dan bila doktor kata dah ada perubahan walau sedikit bunyinya......sekurang-kurangnya keceriaan wajahnya, harum bau badannya, bersinar kaca matanya, melambangkan sedarnya dia akan kehadiran kami ibu bapanya.....

"Cak!!..sayalah Nuruddin Al-Zinki....hensem tak saya??"


"Jangan lupa doakan saya cepat sembuh ye....nanti kita leh main sama-sama...."

Comments

Popular posts from this blog

Apa tu Bronchospasm??

Al-Hilmi

Bahaya dalam iklan.....